Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9086
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorNurhidayah Husain-
dc.date.accessioned2018-05-23T01:35:17Z-
dc.date.available2018-05-23T01:35:17Z-
dc.date.issued2007-
dc.identifier.urihttp://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9086-
dc.description.abstractTujuan kaji selidik ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti faktor utama yang mempengaruhi tahap kepuasan pekerjaan di kalangan jurumasak dan pembantu jurumasak kantin sekolah menengah di Kuala Terengganu. Untuk itu, beberapa faktor utama telah dikenalpasti iaitu keadaan pekerjaan, gaji, penyeliaan, kenaikan pangkat dan rakan sekerja. Di samping itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kepuasan pekerjaan dan menentukan kaitan antara faktor dominan yang dikenalpasti dengan produktiviti operasi kantin sekolah menengah di Kuala Terengganu. Kaedah persampelan yang digunakan ialah purposive sampling. Bagi proses pengutipan data, sebanyak 160 borang soal selidik telah diedarkan kepada jurumasak dan pembantu jurumasak dari 32 buah kantin yang diambil dari 30 buah sekolah menengah di Kuala Terengganu yang di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Hasil daripada kajian yang telah dijalankan, didapati bahawa secara keseluruhannya responden berpuas hati dengan keadaan pekerjaan sekarang. Bagi faktor gaji pula, mereka tetap berpuas hati walaupun mereka beranggapan bahawa gaji yang diterima tidak dapat memberikan kemewahan. Seterusnya untuk faktor penyeliaan, mereka berpuas hati dengan penyelia mereka kerana mengikut kajian yang telah dijalankan, majoriti daripada mereka memberi persepsi yang positif terhadap penyelia mereka. Namun begitu, mereka kurang berpuas hati terhadap faktor peluang kenaikan pangkat kerana mengikut kajian ini, kurangnya kenaikan pangkat berlaku terutamanya di kalangan jurumasak. Manakala bagi rakan sekerja pula, mereka sangat berpuas hati memandangkan ramai antara mereka memberikan pandangan yang positif terhadap rakan mereka. Kesimpulannya, jurumasak dan pembantu jurumasak di kantin sekolah menengah di Kuala Terengganu yang diambil sebagai sampel berpuas hati terhadap pekerjaan mereka sekarang secara keseluruhannya.en_US
dc.language.isootheren_US
dc.publisherTerengganu: Universiti Malaysia Terengganuen_US
dc.subjectLP 55 FASM 3 2007en_US
dc.subjectNurhidayah Husainen_US
dc.titleTahap kepuasan kerja di kalangan jurumasak dan pembantu jurumasak kantin sekolah menengah di Kuala Terengganuen_US
dc.typeWorking Paperen_US
Appears in Collections:Fakulti Agroteknologi dan Sains Makanan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 55 FASM 3 2007 Abstract.pdf395.64 kBAdobe PDFView/Open
LP 55 FASM 3 2007 Full Text.pdf
  Restricted Access
5.08 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.