Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9031
Title: Amalan dan faktor pengambilan susu isian pekat manis melalui minuman di kalangan pelajar-pelajar sarjana muda di IPTA dan institut perguruan di Kuala Terengganu
Authors: Muhammad Amin Bujang
Keywords: LP 37 FASM 3 2007
Muhammad Amin Bujang
Issue Date: 2007
Publisher: Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Kajian ini dijalankan bagi meninjau amalan dan faktor pengambilan susu isian pekat manis melalui minuman di kalangan pelajar-pelajar sarjana muda di IPTA dan institut perguruan di Kuala Terengganu. Susu isian pekat manis yang juga dikenali masyarakat sebagai susu pekat manis mempunyai kandungan gula yang tinggi dan tergolong dalam kumpulan glycaemix index yang tinggi. Pelbagai masalah kesihatan akan timbul jika susu isian pekat manis diambil secara berlebihan dan tidak terkawal seperti obesiti dan diabetes. Setakat ini, amat kurang kajian yang dijalankan tentang pengambilan susu isian pekat manis di kalangan pelajar universiti. Kajian yang berbentuk diskriptif ini menggunakan instrumen kajian berbentuk borang soal selidik yang dijawab oleh 301 responden yang terpilih daripada kursus sarjana muda di Universiti Malaysia Terengganu (45%), Universiti Darul Iman (17.9%) dan Institut Perguruan Kuala Terengganu (36.9°/c,). Pemilihan responden adalah berdasarkan teknik stratified random sampling manakala pengumpulan data menggunakan teknik personally administered questionnaire. Dapatan kajian menunjukkan bahawa 47.2% responden mengambil susu isian pekat manis melalui minuman yang berjumlah sebanyak 1575mL dalam seminggu.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9031
Appears in Collections:Fakulti Agroteknologi dan Sains Makanan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 37 FASM 3 2007 Abstract.pdf490.94 kBAdobe PDFView/Open
LP 37 FASM 3 2007 Full Text.pdf
  Restricted Access
4.18 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.