Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9004
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorMackenzzie Sahni-
dc.date.accessioned2018-05-22T04:26:28Z-
dc.date.available2018-05-22T04:26:28Z-
dc.date.issued2007-
dc.identifier.urihttp://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9004-
dc.description.abstractKajian ini dilakukan untuk mengetahui tentang pengambilan minuman berkarbonat di kalangan pelajar sekolah menengah di Kuala Terengganu. Pengambilan minuman ringan di kalangan remaja semakin meningkat ketika berlakunya perubahan sosial drastik seiring dengan pembangunan pesat negara. Pengambilan minuman bergula yang tidak terkawal boleh menyebabkan masalah-masalah kesihatan jangka pendek dan panjang. Sementara itu, minuman berkarbonat pula dikenalpasti sebagai salah satu minuman yang tinggi kandungan gulanya dan popular di kalangan muda-mudi. Seramai 424 orang pelajar sekolah menengah telah dipilih sebagai responden kajian dari sembilan buah sekolah yang terpilih. Kajian ini berbentuk deskriptif dan teknik stratified random sampling telah digunakan. Instrumen kajian berbentuk borang soal selidik yang digunakan untuk memperolehi maklumat tentang latar belakang, amalan pengambilan minuman berkarbonat, faktor-faktor yang mempengaruhi pengambilan minuman berkarbonat dan pengetahuan responden tentang minuman berkarbonat. Kajian rintis juga telah dijalankan bagi menjamin tahap kebolehpercayaan instrumen kajian. Analisis statistik yang dijalankan berbentuk deskriptif dan inferensi. Hasil daripada analisis tersebut menunjukkan bahawa secara puratanya, responden mengambil minuman berkarbonat sebanyak 91.2 ml sehari.en_US
dc.language.isootheren_US
dc.publisherTerengganu: Universiti Malaysia Terengganuen_US
dc.subjectLP 25 FASM 3 2007en_US
dc.subjectMackenzzie Sahnien_US
dc.titleKajian pengambilan minuman berkarbonat di kalangan pelajar sekolah menengah di Kuala Terengganuen_US
dc.typeWorking Paperen_US
Appears in Collections:Fakulti Agroteknologi dan Sains Makanan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 25 FASM 3 2007 Abstract.pdf448.84 kBAdobe PDFView/Open
LP 25 FASM 3 2007 Full Text.pdf
  Restricted Access
2.96 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.