Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/8990
Title: Tahap kemahiran penyediaan makanan di kalangan juru masak kantin sekolah menengah di Kuala Terengganu
Authors: Afifuddin Adzlan Nordin
Keywords: LP 2 FASM 3 2007
Afifuddin Adzlan Nordin
Issue Date: 2007
Publisher: Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Kajian ini telah dijalankan untuk mengetahui tahap kemahiran penyediaan makanan di kalangan juru masak kantin sekolah menengah di Kuala Terengganu. Kemahiran merupakan salah satu jawapan yang terbaik bagi kebanyakan permasalahan berkaitan operasi kantin sekolah. Perjalanan operasi kantin sekolah dewasa dibayangi dengan pelbagai cabaran seperti kurangnya peluang latihan kepada staf, tahap pendidikan yang rendah dikalangan pekerja, kurangnya tahap kesedaran keselamatan makanan semasa proses penyediaan, peningkatan kos operasi, peratusan keuntungan yang semakin mengecil, tahap turnover rate kakitangan yang tinggi, gaji yang kurang kompetitif dan sebagainya. Walaubagaimanapun, harapan yang diletakkan ke atas bahu pengusaha kantin oleh ibu bapa, pejabat pendidikan daerah, pihak sekolah, jabatan pendidikan negeri dan yang lebih penting lagi pelajar amatlah besar. Rekabentuk kajian adalah berbentuk diskriptif. Instrumentasi kajian pula berbentuk borang soal selidik yang digunakan untuk mendapatkan data primer. Borang soal selidik tersebut mengandungi 3 bahagian: demografik responden, tahap kemahiran dikalangan responden dan pengenalpastian faktor-faktor yang menyumbang kepada tahap kemahiran responden. Kajian yang telah dijalankan di Kuala Terengganu ini, melibatkan 80 orang responden yang berkerja di 15 buah kantin sekolah menengah.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/8990
Appears in Collections:Fakulti Agroteknologi dan Sains Makanan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 2 FASM 3 2007 Abstract.pdf419.53 kBAdobe PDFView/Open
LP 2 FASM 3 2007 Full Text.pdf
  Restricted Access
3.1 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.