Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/8547
Title: Kajian sifat elektrik filem nipis polimer berkonduksi polopirol (PPy) sebagai sel solar
Authors: Siti Nur Faizah Ismail
Keywords: LP 20 FST 5 2007
Siti Nur Faizah Ismail
Issue Date: 2007
Publisher: Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Polipirol (PPy) adalah salah satu polimer sintetik dari kumpulan polimer pengalir. Bahan ini boleh bersifat seperti bahan semikonduktor bila didopkan dan akan bersifat pengalir jika disediakan di dalam bentuk filem nipis. Dalam kajian ini, penentuan ciri-ciri elektrik seperti jurang tenaga dan nilai kekonduksian elektrik bagi filem nipis PPy telah dilakukan. Pemendapan filem nipis PPy dilakukan dengan menggunakan kaedah penyalut berputar. Ketebalan filem nipis PPy diukur dengan menggunakan ellipsometer. Serapan optik bagi filem nipis PPy telah dilakukan menggunakan spektrofotometer pada julat panjang gelombang di antara 200 nm hingga 800 nm. Seterusnya dengan menggunakan nilai serapan yang sama jurang tenaga optik dapat ditentukan. Kekonduksian filem nipis PPy menggunakan kaedah penduga empat titik pada keadaan gelap, di bawah lampu tungsten yang berbeza-beza keamatannya serta di bawah sinaran cahaya matahari.
URI: http://hdl.handle.net/123456789/8547
Appears in Collections:Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 20 FST 5 2007 Abstract.pdf623.46 kBAdobe PDFView/Open
LP 20 FST 5 2007 Full Text.pdf
  Restricted Access
2.83 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.