Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/8543
Title: Penyediaan dan pensirian sifat elektrik politiofena sebagai filem nipis polimer berkonduktor
Authors: Nurul Hiqmah Nordin
Keywords: LP 16 FST 5 2007
Nurul Hiqmah Nordin
Issue Date: 2007
Publisher: Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Politiofena (PT) yang merupakan konduktor elektrik polimer yang baik sesuai untuk diaplikasikan dalam pelbagai bidang termasuk bidang sensor cahaya. Kajian ini bertujuan menyediakan dan mencirikan filem nipis PT sebagai sensor cahaya. la meliputi proses penyediaan filem nipis PT melalui kaedah elektrokimia menggunakan elektrokimia impedan spektroskopi (EIS) di atas substrat kaca bersadur emas. Filem nipis PT yang terhasil dikaji dalam aspek sifat optik dan sifat elektriknya. Pencirian morfologi filem nipis politiofena dilakukan dengan menggunakan mikroskop pengimbas elektron (SEM) untuk mengesahkan kehadiran PT pada filem nipis. Filem nipis PT yang dihasilkan di atas kuartza dicerap spektrum serapan optiknya menggunakan alat spektrofotometer ultra lembayung-nampak untuk memperoleh panjang gel om bang 263 nm dan ju rang tenaga 4.2 eV. Purata ketebalan filem nipis PT yang diperolehi melalui penolakan ketebalan substrat bersadur PT dan substrat tanpa PT bemilai 155.19 A (1551.9 nm) menggunakan ellipsometer.
URI: http://hdl.handle.net/123456789/8543
Appears in Collections:Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 16 FST 5 2007 Abstract.pdf592.7 kBAdobe PDFView/Open
LP 16 FST 5 2007 Full Text.pdf
  Restricted Access
3.47 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.