Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/8081
Title: Kestabilan terma dan pengoksidaan minyak kelapa sawit beraditif
Authors: Ainul Nazrah Mohamed
Keywords: Ainul Nazrah Mohamed
LP 1 FST 1 2007
Issue Date: 2007
Publisher: Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Kestabilan pengoksidaan dan terma minyak kelapa sawit untuk dijadikan sebagai bendalir hidraulik telah dikaji. Oleh itu, di dalam penyelidikan ini matlamat yang ingin dicapai ialah mengetahui nilai optimum aditif yang digunakan untuk mencapai kestabilan pengoksidaan minyak sawit. Minyak sawit dicampurkan secara berasingan dengan aditif yang berbeza peratusannya. Sampel minyak yang ditambah dengan aditif FlO dikacau menggunakan pengacau dan dipanaskan di dalam oil bath pada suhu 135 °c selama 600 jam. Kemudian, sampel dianalisis untuk kestabilan terma dengan menggunakan kaedah termogravimetri. Selain itu, sampel juga telah diuji nilai iodin dan ujian penentuan nilai keasidan. Peratus penambahan aditif yang tinggi akan meningkatkan kestabilan terma sampel minyak. PO + 3F mempunyai suhu onset yang lebih tinggi daripada PO+ 2F dan PO+ 1.5F. Manakala sampel PO+ 3F juga mempunyai nilai keasidan yang paling rendah daripada sampel yang lain sepanjang masa pemanasan berlaku. Nilai keasidannya ialah 3.5 mg KOH/g dan nilai iodin untuk setiap sampel berkurang sepanjang masa pemanasan berlaku. Penambahan aditif sebanyak 3% merupakan penambahan aditif yang optimum dalam kajian ini untuk menstabilkan kadar pengoksidaan dan terma bagi minyak sawit untuk membolehkan ia diaplikasikan sebagai bendalir hidraulik.
URI: http://hdl.handle.net/123456789/8081
Appears in Collections:Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 1 FST 1 2007 Abstract.pdf707.04 kBAdobe PDFView/Open
LP 1 FST 1 2007 Full Text.pdf
  Restricted Access
4.12 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.