Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/7297
Title: Keberadaan Unggul Melayu Dalam Hubungan Antarabangsa: Ciri-Ciri Hubungan Luar Kesultanan Terengganu
Authors: Ramlah Adam
Mohamed Anwar Omar Din
Mat Zin Mat Kib
Zulayti Zakaria &amp
Hamdan Aziz
Keywords: Malaysia - King and rulers
Monarchy - History - Malaysia
Pemerintahan Beraja Di Alam Melayu Merentas Zaman
Issue Date: 2016
Publisher: Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Citation: 33p.
Abstract: Pemerintahan Beraja di Alam Melayu Merentas Zaman ini menghuraikan beberapa persoalan tentang kepentingan kepimpinan raja dalam sistem pemenntahan dan pentadbiran sesebuah kerajaan, negeri dan tanah jajahan takluknya, di Alam Melayu. Antara persoalan itu termasuklah raja sebagai pemerintah mutlak (raja mutlak) kerajaannya dalam semua perkara, iaitu dari segi pentadbiran, kehakiman, ekonomi, kemasyarakatan, hubungan luar dan pelindung agama Islam sejak dahulu sehingga kini. Secara keseluruhannya setiap artikel dalam buku ini membincangkan sejarah, peranan dan kepimpinan raja-raja dalam kerajaan masing-masing yang memberikan kesan dan impak kepada pemerintahan dan imej kerajaan mereka di mata dunia dan masyarakat sekelilingnya. Tindakan raja-raja itu menjadi saksi sejarah kepada tamadun yang mereka bina dan tinggalkan sebagai warisan kepada anak bangsanya. Walaupun negeri yang dibincangkan hanya beberapa buah sahaja, namun cukup menjadi bukti kepada berlakunya hubungan luar yang berat sebelah. Namun begitu, ada juga negeri Melayu yang memperlihatkan kebijaksanaan pemerintahannya dalam mengendalikan hal ehwal kerajaannya. Penerbitan buku ini dapat menambahkan lagi literatur tentang institusi raja dalam perbendaharaan ilmu warisan bangsa. Diharapkan buku ini menjadi rujukan generasi muda dalam mengendalikan penyelidikan bidang ilmu sejarah di negara ini dan menjadi pencerah kepada keraguan tentang isu-isu kepimpinan diraja dalam tamadun bangsa dan negara. Di samping itu, buku ini juga dapat dijadikan pendorong kepada penyelidikan dan penulisan yang lebih jauh sehingga dapat menghasilkan pencerahan yang lebih balk pada masa hadapan.
URI: http://hdl.handle.net/123456789/7297
ISBN: 9789834912437
Appears in Collections:Books Chapter

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pemerintahan Beraja Di Alam Melayu Merentas Zaman.pdfEvidence3.24 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.