Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/6604
Title: Penilaian indeks kualiti air di lembangan sungai Nerus, Terengganu berdasarkan indeks kualiti air Jabatan Alam Sekitar (IKA-JAS)
Authors: Bee Bee Tee Yau
Keywords: Bee Bee Tee Yau
LP 3 FST 7 2005
Issue Date: 2005
Publisher: Terengganu: Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia
Abstract: Satu kajian penilaian indeks kualiti air (IKA) di lembangan Sungai Nerus, Terengganu berdasarkan Indeks Kualiti Air Jabatan Alam Sekitar telah dijalankan dari bulan Mei 2004 hingga Oktober 2004. Sebanyak lima kali persampelan telah dijalankan di sembilan stesen persampelan di sepanjang sungai tersebut. Enam parameter kualiti air telah dipantau iaitu oksigen Terlarut (DO), pH, keperluan oksigen biokimia (BOD), keperluan oksigen kimia (COD), ammonikal nitrogen (AN), jumlah pepejal terampai (TSS). Oksigen terlarut dan pH adalah diukur secara in-situ, BOD, COD, TSS adalah diukur menggunakan kaedah piawai yang disarankan America Public Health Association (APHA, 1995) dan ammonikal Nitrogen adalah ditentukan berdasarkan kaedah Koroleff (1983). Hasil kajian menunjukkan semua stesen persampelan berada dalam status bersih kecuali stesen S9 ( Kg. Buluh Gading) yang sedikit tercemar. Secara keseluruhannya, IKA bagi lembangan Sungai Nerus adalah 86.96 % dan diklasifikasikan dalam kelas II jadual INWQS dengan status bersih bagi jadual IKA-JAS Malaysia.
URI: http://hdl.handle.net/123456789/6604
Appears in Collections:Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 3 FST 7 2005 Abstract.pdf663.51 kBAdobe PDFView/Open
LP 3 FST 7 2005 Full Text.pdf
  Restricted Access
7.24 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.