Please use this identifier to cite or link to this item:
http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/6578
Title: | Pengukuran nilai-nilai estetik antamuka grafik pengguna berasaskan wama mengunakan logik fuzi |
Authors: | Aida Norani Azmi |
Keywords: | Aida Norani Azmi LP 2 FST 8 2005 |
Issue Date: | 2005 |
Publisher: | Terengganu: Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia |
Abstract: | Aspek yang penting bagi rekabentuk skrin adalah penilaian estetik terhadap paparan warna pada skrin tersebut. Kajian ini hanya difokuskan kepada wama dalam paparan multi-skrin seperti laman web. Apakah warna kombinasi yang terbaik adalah suatu isu yang telah dijadikan sebagai objektif kajian oleh ramai pengkaji. Kajian berbeza yang telah dijalankan kadangkalanya adalah bercanggah mengenai apakah kombinasi warna atau kombinasi teks yang lebih mudah dibaca. Dalam mencipta sesuatu aplikasi, membuat pemilihan yang baik adalah sangat penting. Oleh itu, penggunaan aplikasi tersebut tidak akan diganggu oleh interaksi latarbelakang dan teks yang tidak bagus. Melalui kajian ini, penilaian estetik bagi paparan skrin antaramuka pengguna telah dilakukan dalam tiga peringkat. Peringkat pertama adalah pengukuran ke atas perbandingan dan kecerahan warna serta kombinasi dan kesesuaian warna bagi antaramuka grafik pengguna (GUI). Peringkat kedua pula adalah mengimplementasikan Logik Fuzi untuk memodelkan nilai estetik sesebuah GUI. Peringkat terakhir adalah menjalankan soal selidik kepada lebih seratus responden bagi mengkategorikan paparan yang bagus, sederhana dan tidak bagus. Umumnya, pengukuran ini diimplementasi menggunakan perisian MatLab. Pemodelan keputusan Logik Fuzi akan dibandingkan dengan pengkategorian oleh pandangan visual subjek. Dari hasil kajian, dapat disimpulkan bahawa Logik Fuzi merupakan teknik yang sangat baik untuk memodelkan nilai estetik bagi GUI. |
URI: | http://hdl.handle.net/123456789/6578 |
Appears in Collections: | Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
LP 2 FST 8 2005 Abstract.pdf | 496.62 kB | Adobe PDF | View/Open | |
LP 2 FST 8 2005 Full Text.pdf Restricted Access | 4.97 MB | Adobe PDF | View/Open Request a copy |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.