Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/6577
Title: Perlombongan data: kajian terhadap teknik-teknik untuk mengesan data tersisih
Authors: Akbar Ahmad
Keywords: Akbar Ahmad
LP 3 FST 8 2005
Issue Date: 2005
Publisher: Terengganu: Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia
Abstract: Kualiti udara merupakan salah satu faktor utama yang mempengaruhi keadaan persekitaran di sesuatu kawasan. Bagi merekodkan data yang bersih dan berguna pada perlombongan data ia memerlukan kaedah yang sesuai. Oleh yang demikian, tujuan kajian ini dilaksanakan untuk mengenalpasti teknik terbaik untuk mengesan data tersisih pada data pencemaran udara di Victoria Institution pada tahun 2002. Perbandingan dilakukan pada kaedah yang berdasarkan kepada jarak (distance) iaitu teknik Manhanttan dan kaedah berdasarkan lencongan (deviation) iaitu teknik Graf Kawalan (Control Chart) dan teknik bermodelkan Regresi linear (Linear Regresion Model). Hasil daripada kajian yang dilakukan, data tersisih yang dikenalpasti melalui teknik Manhanttan adalah bergantung kepada nilai threshold yang ditetapkan iaitu semakin besar nilai threshold maka, bilangan data tersisih yang dihasilkan adalah lebih kecil. Manakala, bagi kaedah berdasarkan lencongan (deviation), teknik Graf Kawalan adalah lebih baik dibandingkan dengan teknik model Regresi Linear kerana data tersisih yang dikenalpasti melalui teknik Graf Kawalan lebih kecil daripada hasil teknik bermodelkan Regresi Linear.
URI: http://hdl.handle.net/123456789/6577
Appears in Collections:Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 3 FST 8 2005 Abstract.pdf513.05 kBAdobe PDFView/Open
LP 3 FST 8 2005 Full Text.pdf
  Restricted Access
3.57 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.