Please use this identifier to cite or link to this item:
http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/6565
Title: | Kajian terhadap sistem bolehgerak dan keselamatannya-sebuah kajian kes terhadap aplikasi sms untuk semakan keputusan pelajar (sistem semakan keputusan peperiksaan berasaskan sms) |
Authors: | Mohamad Yusrizal Mohamed Yusoff |
Keywords: | Mohamad Yusrizal Mohamed Yusoff LP 11 FST 8 2005 |
Issue Date: | 2005 |
Publisher: | Terengganu: Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia |
Abstract: | Dalam dekad ini, sistem kehidupan manusia telah mengalami perubahan yang besar dengan tercetusnya era maklumat digital. Antara teknologi yang sering digunakan masa kini ialah Short Message Service (SMS) atau Perkhidmatan Pesanan Ringkas. Ia banyak diaplikasikan dalam kehidupan kini bersempena dengan perkembangan pesat teknologi komunikasi seperti perkembangan penggunaan telefon bimbit dan perkhidmatan talian tanpa wayar yang ditawarkan oleh ,syarikat telekomunikasi yang bertapak di Malaysia. Projek ini dibangunkan untuk mengkaji infrastruktur SMS yang boleh diaplikasikan untuk tujuan semakan keputusan peperiksaan pelajar. Seterusnya bagi menguji infrastruktur tersebut, sebuah sistem Semakan Keputusan Peperiksaan Pelajar berasaskan SMS telah dibangunkan. Sistem yang bakal dibangunkan ini menggunakan bahasa pengaturcaraan Visual Basic 6. 0 sebagai teknologi perisian, Microsoft Access 2000 untuk pangkalan data dan Microsoft Windows 2000 sebagai sistem operasi. Selain itu sistem ini juga merupakan sistem yang berasaskan konsep sistem berasaskan SMS dan menggunakan reka bentuk model pelayan pelanggan. |
URI: | http://hdl.handle.net/123456789/6565 |
Appears in Collections: | Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
LP 11 FST 8 2005 Abstract.pdf | 478.47 kB | Adobe PDF | View/Open | |
LP 11 FST 8 2005 Full Text.pdf Restricted Access | 4.07 MB | Adobe PDF | View/Open Request a copy |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.