Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/6554
Title: Sistem pengurusan inventori makmal
Authors: Mohd Sufian mohd Yusuff
Keywords: Mohd Sufian mohd Yusuff.
LP 18 FST 8 2005
Issue Date: 2005
Publisher: Terengganu: Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia
Abstract: Sistem Pengurusan Inventori yang bakal dibangunkan ini merupakan satu sistem yang dapat menguruskan rekod inventori keluar dan masuk dari simpanan. Sistem ini dibangunkan khas untuk kegunaan makmal komputer Jabatan Sains Komputer, Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM). Waiau bagaimanapun, ia boleh disesuaikan untuk kegunaan di tempat lain. Selaras dengan konsep elektronik pentadbiran (e-pentadbiran) yang diperkenalkan oleh kerajaan, sistem ini dilihat mempunyai banyak kelebihan terutamanya dalam menjimatkan sumber pengurusan dan meningkatkan kecekapan perkhidmatan. Sistem Pengurusan Inventori ini akan diselenggarakan oleh seorang pentadbir sistem dan boleh mempunyai lebih dari seorang pengguna. Seseorang kakitangan makmal yang ingin menggunakan sistem ini perlulah terlebih dahulu berjumpa pentadbir sistem untuk didaftarkan sebagai pengguna sistem. Sistem yang bakal dibangunkan ini menggunakan bahasa pengaturcaraan Java Server Page (JSP) sebagai teknologi perisian, Open SourceStructured Que,y Language (MYSQL) untuk pangkalan data dan Perisian Macromedia Dreamweaver sebagai kit pembangunan. Selain itu sistem ini juga merupakan sistem yang berasaskan konsep sistem atas talian, sistem berasaskan web dan menggunakan reka bentuk model pelayan pelanggan.
URI: http://hdl.handle.net/123456789/6554
Appears in Collections:Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 18 FTS 8 2005 Abstract.pdf474.95 kBAdobe PDFView/Open
LP 18 FTS 8 2005 Full Text.pdf
  Restricted Access
5.59 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.