Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/6530
Title: Pembangunan sistem pengukuran pergerakan daphnia untuk penggunaan ujian ketoksikan
Authors: Tan Chun Kiat
Keywords: Tan Chun Kiat
LP 31 FST 8 2005
Issue Date: 2005
Publisher: Terengganu: Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia
Abstract: Objektif projek ini adalah untuk membangunkan satu sistem yang boleh menjejak dan mengira jarak pergerakan daphnia dalam piring petri dalam kepekatan bahan kimia yang berlainan untuk tujuan ujian ketoksikan. Sistem ini terdiri daripada satu kamera digital, piring petri dan sebuah komputer peribadi yang telah diinstalasi dengan perisian Matlab dan Microsof Access. Daripada pandangan atas melalui kamera digital. pergerakan 2 dimensi kedudukan daphnia yang bergerak secara bebas dirakamkan. Bagi projek ini, satu video pergerakan daphnia dalam kepekatan bahan kimia yang berlainan telah dirakamkan. Teknik pemprosesan imej digital diaplikasikan bagi mengesan pergerakan 2 dimensi daphnia. Kamera digital disetkan secara menegak supaya pergerakan daphnia dapat dikesan. Bagi projek ini, hanya arah pergerakan daphnia secara mengufuk dikira dengan anggapan bahawa penjejakan secara 2- dimensi adalah cukup untuk mengukur pergerakannya. Pergerakan daphnia dalam arah secara menegak dianggap dapat diabaikan iaitu dengan meminimumkan paras cecair seminima mungkin. Daripada experimen yang dilakukan dengan skema yang dicadangan, proses pengukuran pergerakan daphnia menjadi efisien, mudah, dan tepat. Akan tetapi, kajian lanjutan adalah diperlukan bagi membolehkan sistem yang dibangunkan ini dapat digunakan sepenuhnya oleh para saintis dan pengamal industri.
URI: http://hdl.handle.net/123456789/6530
Appears in Collections:Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 31 FST 8 2005 Abstract.pdf512.24 kBAdobe PDFView/Open
LP 31 FST 8 2005 Full Text.pdf
  Restricted Access
5.79 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.