Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/6321
Title: Kesan fosforus ke atas pertumbuhan dan pengeluaran hasil nanas Varieti Josapine di tanah bris
Authors: Lu Kah Yong
Keywords: LP 2 FST 4 2004
Lu Kah Yong
Issue Date: 2004
Publisher: Terengganu: Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia
Abstract: Kajian rawatan dengan menggunakan baja fosforus TSP ( 48%) dengan kadar berlainan iaitu 0, 24, 48, 72, 120 P205 kg/ha dijalankan di Rumah Teduhan KUSTEM. Baja nitrogen dan kalium digunakan sebagai baja asas yang ditambahkan ke atas setiap pokok pada setiap rawatan dengan kadar yang sama. Objektif kajian ialah untuk menentukan kadar fosforus yang sesuai ke atas pertumbuhan dan pengeluaran hasil nanas varieti Josapine di tanah Bris. Keputusan menunjukkan bahawa tidak ada perbezaan bererti terhadap tinggi pokok, bilangan daun, berat kering daun D, panjang daun D, lebar daun D dan luas daun D (D mewakili daun muda yang terpanjang). Kesan fosforus adalah bererti terhadap tisu daun dan tanah. pH tanah tidak dipengaruhi oleh perubahan kadar baja fosforus. Rawatan 48kg/ha baja fosforus didapati adalah sesuai dan memberi kesan positif kepada kadar pertumbuhan pokok nanas dan kandungan fosforus dalam tisu dan tanah.
URI: http://hdl.handle.net/123456789/6321
Appears in Collections:Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 2 FST 4 2004 Abstract.pdf879.91 kBAdobe PDFView/Open
LP 2 FST 4 2004 Full Text.pdf
  Restricted Access
3.14 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.