Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/6278
Title: Laporan akhir latihan industri di Maritime Consortium Management Sdn. Bhd, Kuala Lumpur
Authors: Mohd Zhafran Amir Zainuddin
Keywords: Mohd Zhafran Amir Zainuddin
LI 7 FPE 3 2004
Issue Date: 2004
Publisher: Terengganu: Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia
Abstract: Latihan Industri merupakan salah satu langkah dalam memastikan pelajar ataupun graduan universiti mendapat pendedahan dalam menghadapi alam perniagaan mahupun alam pekerjaan. KUSTEM telah pun mengambil satu langkah dalam memastikan setiap pelajar mendapat pendedahan dalam alam pekerjaan. Semasa pelatih menjalankan Latihan Industri di Maritime Consortium Management (MCM) Sdn Bhd, pelatih telah ditempatkan pada tiga bahagian utama syarikat berkenaan. Bahagian berkenaan adalah bahagian teknikal, bahagian operaqsi dan bahagian pengambilan krew kapal. Bahagian ini merupakan bahagiaan yang berfungsi sebagai nadi utama syarikat. Semasa di bahagian teknikal pelatih telah mendapat pendedahan mengenai bahagianbahagian kapal dan cara bahagian ini menjalankan tugas mereka. Bahagian operasi pula pelatih telah mendapat pendedahan mengenai bagaimana bahagian ini mencari dan mendapatkan penyewa kapal. Sepanjang pelatih di bahagian pengambilan krew pula pelatih telah mendapat pengetahuan mengenai cara pengambilan krew kapal dan juga cara bagaimana bahagian ini berfungsi sebelum kapal-kapal di bawah MCM bergerak. Secara keseluruhan pelatih mendapati Latihan Industri ini mampu memberi satu peluang kepada bakal graduan di KUSTEM untuk menempah nama bagi mendapatkan pekerjaan selepas bergraduat khususnya kepada pelajar sarjana muda pengurusan maritim di KUSTEM. Oleh itu, semoga Latihan Industri ini mampu bertahan dan juga mampu mendapat lebih industri maritim dalam menjayakan latihan ini.
URI: http://hdl.handle.net/123456789/6278
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LI 7 FPE 3 2004 Abstract.pdf834.17 kBAdobe PDFView/Open
LI 7 FPE 3 2004 Full Text.pdf
  Restricted Access
7.05 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.