Please use this identifier to cite or link to this item:
http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/6131
Title: | Kajian ke atas parasit yang terdapat pada ikan neon tetra |
Authors: | Ahmad Rusdan Ahmad Zohdi |
Keywords: | Ahmad Rusdan Ahmad Zohdi LP 4 FASM 3 2003 |
Issue Date: | 2003 |
Publisher: | Terengganu: Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia |
Abstract: | Ikan Neon Tetra, Hyphessobrycon innesi (Myers) yang diperolehi daripada sebuah syarikat ikan hiasan telah digunakan untuk mengkaji jenis-jenis parasit yang menyerangnya. Kajian telah dijalankan ke atas endoparasit dan ektoparasit yang didapati pada tiga saiz ikan yang berbeza iaitu S, M dan L. Sebanyak dua spesies parasit telah dikenalpasti. Kedua-dua parasit yang ditemui adalah daripada kumpulan protozoa iaitu lchthyophthirius multifiliis Fouquet dan Pleistophora hyphessobryconis Schaperclaus. Prevalen jangkitan I. multiftliis pada ikan Neon Tetra ialah 46.67% dengan min keamatan 15.05. I. multiftliis merupakan parasit yang paling biasa menyerang ikan Neon Tetra iaitu pada bahagian badan, sirip dan insang ikan. Prevalen jangkitan P. hyphessobryconis pula ialah 10.00% dengan min keamatan 23.78. Parasit ini menyerang pada bahagian otot ikan. Daripada tiga saiz ikan yang berbeza, ikan bersaiz S adalah paling banyak dijangkiti penyakit dengan jumlah ikan yang dijangkiti sebanyak 60%. |
URI: | http://hdl.handle.net/123456789/6131 |
Appears in Collections: | Fakulti Agroteknologi dan Sains Makanan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
LP 4 FASM 3 2003 Abstract.pdf | 814.51 kB | Adobe PDF | View/Open | |
LP 4 FASM 3 2003 Full Text.pdf Restricted Access | 5.14 MB | Adobe PDF | View/Open Request a copy |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.