Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/6118
Title: Kajian ke atas parasit siliat yang menyerang udang harimau (Penaeus monodon) ternakan di Kampung Fikri, Terengganu
Authors: Shadiah Mohamad
Keywords: Shadiah Mohamad
LP 48 FASM 3 2003
Issue Date: 2003
Publisher: Terengganu: Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia
Abstract: Udang harimau ternakan atau nama saintifiknya Penaeus monodon yang diperiksa telah diserang oleh parasit dari genus sesilina iaitu Epistylis sp., Zoothamnium sp. clan Vorticel/a sp. Serangan parasit ini adalah agak banyak clan mungkin boleh menyebabkan penyakit siliat atau penyakit protozoa insang. Dalam kajian ini, tumpuan hanya diberikan kepada Episty/is sp. kerana ia merupakan parasit siliat yang paling merbahaya berbanding Zoothamnium sp. atau Vorticella sp. Parasit ini ialah ektoparasit kerana ia hanya dijumpai pada bahagian luar baclan seperti pada kulit, ekor serta permukaan insang. Daripada analisis mutu air, didapati prevelan parasit Epistylis sp. mempunyai hubungkait dengan ammonia clan jumlah pepejal terampai. Keputusan kajian ini menunjukkan bahawa prevelan parasit tidak dipengaruhi oleh faktor mutu air seperti pH, suhu, saliniti serta kandungan oksigen terlarut. Prevelan bagi jangkitan Epistylis sp. untuk kolam 1 pada minggu pertama clan kedua ialah 100%, pada minggu ketiga prevelan adalah sebanyak 90%, pada minggu keempat ialah 70%, pada minggu kelima ialah 80% clan pada minggu keenam kajian prevelan Epistylis sp. ialah 100%. Bagi kolam 2, prevelan parasit yang sama ialah 80% untuk minggu pertama dan kedua. Pada minggu ketiga prevelan parasit ialah 90%, pada minggu keempat ialah 100%, pada minggu kelima kajian dilakukan prevelan parasit adalah sebanyak 70% clan pada minggu terakhir kajian prevelan parasit ialah 80%. Secara keseluruhannya prevelan parasit untuk kedua-dua kolam tersebut adalah tinggi.
URI: http://hdl.handle.net/123456789/6118
Appears in Collections:Fakulti Agroteknologi dan Sains Makanan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 48 FASM 3 2003 Abstract.pdf779.72 kBAdobe PDFView/Open
LP 48 FASM 3 2003 Full Text.pdf
  Restricted Access
5.51 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.