Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/6084
Title: Penilaian kesan parasit ke atas insang udang harimau (Penaeus monodon) melalui kaedah mikroskopik
Authors: Faizah Ismail
Keywords: Faizah Ismail
LP 11 FASM 3 2003
Issue Date: 2003
Publisher: Terengganu: Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia
Abstract: Kajian ini telah dijalankan untuk melihat kesan patologi yang telah dilakukan oleh parasit terhadap tisu insang Udang Harimau (Penaeus monodon) dan mengkaji kesan mutu air dan perkaitannya dengan kesan jangkitan pa.rasit yang menyerang insang udang. Daripada pemerhatian yang dijalankan melalui kaedah mikroskopik mendapati jangkitan parasit menyebabkan hiperplasia kepada tisu insang udang dan menyebabkan sel mengalami degenerasi. Selain itu kandungan pepejal terampai yang tinggi menyebabkan kehadiran parasit Epistylis sp. melekat pada insang udang. Kandungan ammonia yang tinggi juga boleh menyebabkan berlakunya kesan patologi terhadap insang udang. Didapati kesan patologi yang paling banyak terjadi adalah degenerasi diikuti hiperplasia, hipertrofi dan seterusnya nekrosis. Daripada pemerhatian terhadap mutu air, Kl mempunyai kandungan ammonia yang tinggi pada minggu 1 (0.04ppm) dan minggu 3 (0.05ppm) tetapi K2 hanya pada minggu 2 (0.07ppm). Saliniti pula adalah rendah berbanding saliniti yang diperlukan untuk pentemakan udang. Parasit yang didapati adalah Epistylis sp., Zoothamnium sp. dan Vorticella. Virus MBV dijumpai dalam hepatopankreas sesetengah udang. Secara kesimpulannya udang tidak mengalami kesan patologi yang yang teruk.
URI: http://hdl.handle.net/123456789/6084
Appears in Collections:Fakulti Agroteknologi dan Sains Makanan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 11 FASM 3 2003 Abstract.pdf779.63 kBAdobe PDFView/Open
LP 11 FASM 3 2003 Full Text.pdf
  Restricted Access
6.16 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.