Please use this identifier to cite or link to this item:
http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/5420
Title: | Modal Budaya Dan Kesannya Ke Atas Kebergantungan Kerja Komuniti Nelayan Di Malaysia |
Other Titles: | Kajian kes nelayan Kuala Terengganu |
Authors: | W. A. Amir Zal |
Keywords: | Budaya kerja Kebergantungan Komuniti nelayan Modal budaya |
Issue Date: | 2016 |
Publisher: | Malaysian Journal of Society and Space |
Citation: | Vol.12 (4) ; 158 - 168 p. |
Abstract: | Tidak banyak elemen modal budaya dibincangkan dan diselidiki dalam memerhati realiti nelayan. Sedangkan modal budaya yang merangkumi elemen nilai, norma dan sikap merupakan perkara penting untuk diselidiki bagi memahami tindak balas mereka pada keadaan tertentu. Sedar dengan kelemahan tersebut, makalah ini meneroka elemen modal budaya dalam kalangan nelayan yang merangkumi aspek penggunaan masa lapang, nilai, budaya kerja dan kebergantungan pada aktiviti nelayan. Bagi meneroka perkara tersebut, kajian telah dilaksanakan ke atas 100 nelayan di Kuala Terengganu Utara dengan menggunakan borang soal selidik. Hasil kajian menunjukkan tidak banyak elemen pembinaan kapasiti yang diperhatikan melalui penggunaan masa lapang. Responden mempunyai empat jenis nilai, iaitu nilai hedonisme, fitrah, pragmatik dan autoritarian. Berkaitan dengan kebergantungan pada kerja nelayan pula, lima kategori pergantungan dapat diperhatikan, iaitu pendapatan, sosial, identiti, penghargaan dan modal insan. Hasil kajian ini juga menunjukkan budaya kerja nelayan adalah positif, dari sudut kesungguhan atau komitmen. Budaya kerja nelayan lebih dipengaruhi oleh nilai autoritarian, manakala kebergantungan didorong oleh nilai pragmatik. Kajian ini membuktikan elemen modal budaya adalah penting dalam kelangsungan hidup nelayan. Namun, untuk kelangsungan jangka panjang dan persediaan untuk bersaing, mereka perlu dibiasakan dengan aktiviti pembinaan kapasiti. |
URI: | http://hdl.handle.net/123456789/5420 |
Appears in Collections: | Journal Articles |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
211-Modal budaya komuniti nelayan Kuala Terengganu dan kesannya ke atas kebergantungan kerja nelayan.pdf | Fulltext file | 313.21 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.