Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/5417
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorSh Marzety Adibah Al Sayed Mohamad-
dc.contributor.authorBaharuddin Ismail-
dc.contributor.authorRabaaton Awadiyah @ Robiah Mohd Yusof-
dc.contributor.authorZakaria Mohamad-
dc.date.accessioned2017-04-09T05:15:07Z-
dc.date.available2017-04-09T05:15:07Z-
dc.date.issued2015-12-
dc.identifier.citationJilid 9, No. 1en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/5417-
dc.description.abstractTujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menentukan keberkesanan penggunaan ‘Expressive Arts Therapy’ dalam mengurangkan kemarahan, kebimbangan, kemurungan dan tekanan dalam kalangan penagih dadah. Reka bentuk kajian menggunakan ujian pra/pos quasi-experimental kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah The Clinical Anger Scale (CAS) bagi mengukur skor kemarahan dan DASS-21 untuk mengukur skor kebimbangan, kemurungan dan tekanan. Disamping itu, penyelidik juga menggunakan analisis kuantitatif menggunakan temubual, pemerhatian dalam kaunseling kelompok dan kreativiti yang telah dihasilkan oleh klien. Seramai 30 orang peserta dipilih dalam kajian ini dan peserta dibahagikan kepada 15 orang dalam kumpulan rawatan yang menerima enam sesi ‘Expressive Arts Therapy’ dan 15 orang dalam kumpulan kawalan menerima enam sesi kaunseling kelompok konvensional. Hasil kajian mendapati berlaku penurunan ketara bagi skor min kemarahan (nilai min 1.68, skor 25), kebimbangan (nilai min 0.83, skor 24), kemurungan (nilai min 0.83, skor 24) dan juga tekanan (nilai min 0.83, skor 24) bagi kumpulan rawatan berbanding kumpulan kawalan. Hasil penyelidikan kualitatif telah menemui beberapa tema iaitu memberi makna, mengubat, kesedaran, keyakinan dan katarsis. Kajian juga mendapati bahawa penggunaan ‘Expressive Arts Therapy’ menyediakan satu forum yang kreatif sebagai proses awal penerokaan terhadap pengalaman lampau yang lama terpendam yang sukar diluahkan oleh subjek-subjek kajian. Di samping itu, kajian ini dapat menambahkan ilmu kaunseling mengenai satu kaedah dan terapi alternatif yang boleh digunakan dan diketengahkan dalam konteks pelbagai isu penagihan dadah.en_US
dc.language.isoenen_US
dc.publisherJurnal Antidadah Malaysiaen_US
dc.subjectExpressive Arts Therapyen_US
dc.subjectKemarahanen_US
dc.subjectKebimbanganen_US
dc.subjectKemurunganen_US
dc.subjectTekananen_US
dc.titleKeberkesanan Penggunaan “Expressive Arts Therapy” Terhadap Pemulihan Klienen_US
dc.typeArticleen_US
Appears in Collections:Journal Articles

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
079-Keberkesanan Expressive Arts Therapy terhadap Pemulihan Klien..pdfFull Text File281.05 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.