Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/4754
Title: Model matematik pelaburan musyarakah dan mutanaqisah [electronic resource]
Authors: Maheran Mohd Jaffar
Keywords: HG 3368 .A6 M3 2006
Maheran Mohd Jaffar
Tesis Universiti Kebangsaan Malaysia 2006
Banks and banking -- Religious aspects -- Islam
Issue Date: 18-Dec-2006
Publisher: Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia
Abstract: Larangan kepada penglibatan riba seperti yang ditegaskan dalam Al-Quran dan Hadith menjadi tunggak bagi sebarang kegiatan dalam sistem kewangan Islam. Institusi kewangan Islam telah berkembang dengan amat memberangsangkan sekali. Namun begitu, hampir kesemua produk yang ditawarkan oleh institusi ini menggunakan rumus yang diamalkan oleh bank lazim iaitu rumus faedah ringkas, faedah kompaun, dan anuiti. Amalan menggunakan rumus ini sebagai alat pengiraan telah menimbulkan keresahan atas sebab rumus itu tercetus daripada model lazim yang sistem nilainya berbeza dari Islam. Penyelidikan ini bertujuan untuk membina model matematik yang sesuai dalam pelaburan Islam atas sistem nilai Islam yang dituntut dalam Al-Quran dan Hadith. Penyelidikan memperbaiki model-model matematik dalam pelaburan Islam yang pernah dikemukakan oleh penyelidik lain dan yang diguna pakai oleh bank Islam sekarang. Ia dimantapkan dengan memahami aliran wang dalam sistem pinjaman yang diuruskan oleh bank Islam dan sistem pelaburan mudharabah yang mirip kepada akaun simpanan tetap.
URI: http://hdl.handle.net/123456789/4754
Appears in Collections:Staff Thesis

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
tesis HG 3368 .A6 M3 2006 Abstract.pdf
  Restricted Access
31.74 kBAdobe PDFView/Open Request a copy
tesis HG 3368 .A6 M3 2006 FullText.pdf
  Restricted Access
893.52 kBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.