Please use this identifier to cite or link to this item:
http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/4248
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.author | Nor Ezdianie binti Omar | - |
dc.date.accessioned | 2016-03-01T03:34:45Z | - |
dc.date.available | 2016-03-01T03:34:45Z | - |
dc.date.issued | 2010 | - |
dc.identifier.uri | http://hdl.handle.net/123456789/4248 | - |
dc.description.abstract | Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesejahteraan psikologi dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi swasta di negeri Kelantan. Kajian ini adalah kajian tinjauan. Subjek kajian terdiri daripada 387 pelajar peringkat diploma dan sarjana muda tiga buah institusi pengajian tinggi swasta di negeri Kelantan iaitu Kolej Poly- Tech MARA, Universiti Teknologi Tun Abdul Razak dan Kolej Jaiputra. Alat kajian yang digunakan untuk mengukur kesejahteraan psikologi ialah Skala Kesejahteraan Psikologi Ryff. Alat kajian telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu menggunakan kaedah “back translation” serta kajian rintis telah dijalankan untuk menentukan kebolehpercayaan item-item soal selidik tersebut. Ujian kebolehpercayaan yang digunakan dalam penyelidikan ini ialah analisis Alpa Cronbach. Nilai pekali kebolehpercayaan bagi Skala Kesejahteraan Psikologi Ryff adalah .75. Data-data yang diperoleh, dianalisis menggunakan statistik deskriptif, serta ujian t bebas. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kesejahteraan psikologi responden berada pada tahap sederhana. Hasil dapatan kajian juga mendapati bahawa pelajar lelaki mencatat skor min yang lebih tinggi berbanding pelajar perempuan dan perbezaan ini adalah signifikan iaitu t(385)=2.07, p< .05. Dapatan kajian juga melaporkan bahawa skor min tahap kesejahteraan psikologi pelajar aliran sains adalah lebih tinggi berbanding pelajar aliran sastera dan perbezaan ini juga adalah signifikan t(385)= 5.02, p< .05. | en_US |
dc.language.iso | en | en_US |
dc.publisher | Terengganu Universiti Malaysia Terengganu | en_US |
dc.subject | Kesejahteraan Psikologi Dalam Kalangan Pelajar IPTS | en_US |
dc.title | Kesejahteraan Psikologi Dalam Kalangan Pelajar IPTS | en_US |
dc.type | Article | en_US |
Appears in Collections: | Journal Articles |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Kesejahteraan Psikologi Dalam Kalangan Pelajar IPTS.pdf | 50.36 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.