Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/3002
Title: Analisis kecekapan relatif industri insurans hayat dan am di Malaysia menggunakan analisis sempadan stokastik (ASS)
Authors: Mohamad Arif Awang Nawi
Keywords: HG 8051 .M6 2013
Mohamad Arif Awang Nawi
Tesis FST 2013
Insurance industry
Issue Date: Jul-2013
Publisher: Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Kebanyakan masyarakat di Malaysia tidak jelas dengan definisi insurans serta kepentingannya. Insurans ditakrifkan sebagai satu cara pemindahan risiko daripada pemegang polisi kepada syarikat insurans jika berlaku kerugian atau musibah. Kajian ini bertujuan untuk mengukur kecekapan relatif bagi industri Insurans Hayat dan Insurans Am di Malaysia dengan menggunakan Analisis Sempadan Stokastik (ASS) berpandukan model Battese dan Coelli. Sebanyak 39 buah syarikat insurans telah dikumpulkan dan ianya terdiri daripada 26 buah syarikat Insurans Am dan 13 buah syarikat Insurans Hayat. Kesemua data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan perisian FRONTIER melalui kaedah kebolehjadian maksimum (MLE) untuk menunjukkan kecekapan relatif sesuatu syarikat insurans. Keputusan yang diperolehi menunjukkan Syarikat Mayban Life berada pada pangkat 1 (skor kecekapan tertinggi) bagi syarikat Insurans Hayat. Manakala bagi Insurans Am, skor yang tertinggi adalah Syarikat OCA (pangkat 1). Prestasi kecekapan industri Insurans Hayat dan Am meningkat setiap tahun dengan peningkatan dari sebanyak 0.01 (1%) hingga 0.17 (17%). Keputusan penganggaran bagi Syarikat Insurans Hayat menunjukkan bahawa keanjalan jumlah keuntungan bagi perbelanjaan pengurusan adalah paling tinggi iaitu 0.5298 berbanding Syarikat Insurans Am. Secara keseluruhannya, keputusan menunjukkan peningkatan prestasi yang baik dengan sekurang-kurangnya pertambahan sebanyak 1% hingga 17% bagi Insurans Hayat dan Insurans Am setiap tahun.
URI: http://dspace.psnz.umt.edu.my/xmlui/handle/123456789/3002
Appears in Collections:Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
HG 8051 .M6 2013 Abstract.pdf22.07 kBAdobe PDFView/Open
HG 8051 .M6 2013 FullText.pdf
  Restricted Access
712.55 kBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.