Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/17580
Title: Model Perusahaan Berasaskan Komuniti (CBES) Dan Prestasi Perniagaan: Satu Kajian Ke Atas Program Satu Daerah Satu Industri
Authors: Wan Fayyadhana Wan Zulkifli
Keywords: usahawan
luar bandar
kemiskinan
perniagaan
Issue Date: 2020
Publisher: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Di Malaysia, Program Satu Daerah Satu Industri (SDSI) merupakan satu platform untuk meningkatkan pendapatan masyarakat luar bandar dan membasmi kemiskinan dalam kalangan mereka di mana ianya diadaptasi daripada Program 'One Village One Product" (OVOP) di Jepun. Demi menyelesaikan masalah ekonomi semasa yang dihadapi oleh usahawan luar bandar di Malaysia, 'community based-enterprise' (CBEs) menjadi satu model yang berperanan dalam mengekalkan Program SDSI. Perlaksanaan Program Pembangunan Keusahawanan (PPK) oleh pihak kerajaan di dalam Program SDSI masih tidak memberi impak yang positif terhadap peningkatan prestasi perniagaan. Ini kcrana faktor kerjasama dalam perniagaan, operasi perusahaan lestari, dan inovasi dalam menghasilkan produk tempatan seperti yang terkandung di dalam model CB Es kurang diberi penekanan oleh usahawan SDSI. Oleh itu, objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan di antara PPK dan peningkatan prestasi perniagaan di samping menegenalpasti kepentingan model CBE dalam hubungan di antara PPK dan peningkatan prestasi perniagaan dalam kalangan usahawan SDSI di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Data bagi kajian ini dikumpul menggunakan kaedah kantitatif melalui borang soal selidik. Seramai 230 usahawan SDSI di Pantai Timur Semenanjung Malaysia telah menjadi responden di dalam kajian ini. SPSS versi 22.0 telah digunakan sebagai perisian untuk menganalisa data. Penemuan kajian ini menunjukkan hubungan signifikan yang positif di antara PPK dan peningkatan prestasi pemiagaan kecuali bagi faktor pembiayaan perniagaan. Tambahan itu, terdapat kesan yang sedikit terhadap perlaksanaan model CBEs di dalarn hubungan antara PPK dan peningkatan prestasi pemiagaan. Selain itu, kajian turut memberi cadangan agar polisi bawah ke atas (bottom-up policy) dapat diterapkan di dalarn Program SDSI seperti yang berjaya dilaksanakan oleh Program OVOP di Jepun.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/17580
Appears in Collections:Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi..

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
HD 75.6 .F3 2020 - Extract.pdf502.75 kBAdobe PDFView/Open
HD 75.6 .F3 2020 - Full Text.pdf
  Restricted Access
16.43 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.