Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/17119
Title: Kemampanan Perbelanjaan Penggunaan Isi Rumah Muslim Di Terengganu
Authors: Nur Afifah Rahizal
Keywords: Terengganu
Muslim
HD 7053.6 .N8 2020
Issue Date: 2020
Publisher: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Perbelanjaan penggunaan isi rumah merupakan isu penting yang hangat dibincangkan pada masa kini. Perbelanjaan penggunaan dalam konteks kajian ini dilihat dari scgi tahap kemampanan perbelanjaan isi rumah dalam melakukan perbelanjaan seharian. Kajian ini menggunakan persampelan rawak berstrata, seramai 635 orang reponden yang melibatkan isi rumah Muslim daripada tiga kumpulan pendapatan iaitu kumpulan pendapatan 40% terendah (B40), kumpulan pendapatan 40% pertengahan (M40) dan kumpulan pendapatan 20% tertinggi (T20) di seluruh daerah di negeri Terengganu. Kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap kemampanan perbelanjaan isi rumah berdasarkan pembentukan Jndeks Penggunaan Mampan (1PM). Selain itu, kajian ini ingin mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi kemampanan perbelanjaan isi rumah serta untuk mengenalpasti komponen-komponen perbelanjaan utama yang dilakukan oleh tiga kumpulan pendapatan iaitu kumpulan pendapatan B40, M40 dan T20. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap kemampanan pcrbelanjaan isi rumah di Terengganu masih berada pada tahap yang rendah dengan nilai purata sebanyak 0.3861. Manakala faktor yang dikenalpasti menjadi pengaruh terhadap kemampanan perbelanjaan isi rumah ialah faktor jantina, umur, tahap pendidikan, status perkahwinan, tabungan dan pendapatan. Manakala komponen perbelanjaan utama yang dilakukan oleh tiga kumpulan pendapatan ialah perbelanjaan terhadap makanan, pengangkutan, utiliti, pakaian dan komunikasi.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/17119
Appears in Collections:Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi..

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
HD 7053.6 .N8 2020-Extract.pdf204.69 kBAdobe PDFView/Open
HD 7053.6 .N8 2020-Full Text.pdf
  Restricted Access
10.78 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.