Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/16788
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorSuzana Binti Haron-
dc.date.accessioned2022-06-21T02:04:14Z-
dc.date.available2022-06-21T02:04:14Z-
dc.date.issued2019-
dc.identifier.urihttp://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/16788-
dc.description.abstractPersekitaran sesebuah organisasi mempunyai perkaitan dengan efikasi kendiri pekerja. Institut Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia (IPG KPM) merupakan organisasi berteraskan pendidikan yang bertujuan melatih bakal pendidik di Malaysia. Tugas berkenaan dibantu secara tidak langsung oleh kaunselor IPG KPM dengan memberikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kepada pelajar dan staf IPG KPM. Walau bagaimanapun, efikasi kendiri kaunselor IPG KPM masih tidak diteroka dengan meluas. Justeru itu, kajian ini bertujuan mengkaji enam domain persekitaran yang wujud di IPG KPM, iaitu domain perhubungan, domain penglibatan membuat keputusan, domain sumber maklumat, domain ganjaran, domain piawai prestasi dan domain sokongan sosial dikaji bagi mengkaji pengaruhnya terhadap efikasi kendiri kaunselor IPG KPM. Kajian dilaksanakan terhadap 100 orang kaunselor IPG KPM seluruh Malaysia. Melalui pendekatan kuantitatif, data dianalisis menggunakan analisis deskriptif dan analisis inferensi seperti ujian-T, Ujian ANOVA, Kolerasi Pearson dan Regresi Pelbagai. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang positif antara enam domain persekitaran dengan efikasi kendiri kaunselor IPG KPM. Dapatan kajian juga menunjukkan hanya tiga domain utama yang mempengaruhi efikasi kendiri kaunselor IPG KPM iaitu domain ganjaran, domain perhubungan dan domain sokongan sosial. Implikasi daripada hasil dapatan ini menunjukkan enam domain persekitaran tersebut perlu diberikan perhatian khusus, kerana didapati boleh meningkatkan lagi efikasi kendiri kaunselor IPG KPM. Malah, antara cadangan yang relevan bagi memastikan peningkatan efikasi kendiri kaunselor IPG KPM adalah dengan melantik kaunselor IPG KPM yang mempunyai latar belakang akademik dalam bidang bimbingan dan kaunseling. Hal ini demikian bagi memastikan peningkatan efikasi kendiri kaunselor IPG KPM dan seterusnya dapat mengoptimumkan pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di IPG KPM.en_US
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUniversiti Malaysia Terengganuen_US
dc.subjectBF 637 .S38 S8 2020en_US
dc.titleEnam Domain Persekitaran Yang Mempengaruhi Efikasi Kendiri Kaunselor Institut Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysiaen_US
dc.typeOtheren_US
Appears in Collections:Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi..

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
BF 637 .S38 S8 2020 - Abstract.pdf1.12 MBAdobe PDFView/Open
BF 637 .S38 S8 2020 -Full text.pdf
  Restricted Access
8.54 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.