Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/16007
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorMUHAMMAD NUR HANIFF BIN MOHD NOOR-
dc.date.accessioned2022-01-19T07:48:46Z-
dc.date.available2022-01-19T07:48:46Z-
dc.date.issued2021-
dc.identifier.urihttp://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/16007-
dc.description.abstractKegiatan pembalakan haram dan kesalahan hutan menyebabkan impak negatif dalam pelbagai aspek antaranya kemusnahan alam sekitar dan kerugian kepada hasil pendapatan kerajaan. Meskipun Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313) telah dikuatkuasakan di Semenanjung Malaysia sejak lebih 3 dekad lalu, kegiatan pembalakan haram telah berkurangan namun masih berterusan sementara kes kesalahan hutan mengalami pola menaik. Statistik menunjukkan sebanyak 35% daripada pengeluaran kayu di Malaysia adalah daripada sumber yang haram manakala 10% kayu balak haram di pasaran global berasal dari Malaysia. Penyelidikan ini dijalankan untuk mengkaji keberkesanan Akta 313 bagi membanteras kegiatan pembalakan haram dan kesalahan hutan, menganalisa modus operandi, motif dan peluang bagi kegiatan pembalakan haram, menerokai isu dan kekangan penguatkuasaan serta mengenalpasti dasar-dasar pencegahan dan pembanterasan pembalakan haram. Soal selidik telah diedarkan kepada 241 responden dan 13 pegawai utama turut ditemu bual. Statistik deskriptif digunakan bagi menentukan item yang signifikan bagi setiap konstruk. Dapatan kajian menunjukkan undang-undang sedia ada yang diperuntukkan melalui Akta 313 adalah berkesan namun terdapat beberapa aspek yang boleh dipertimbangkan untuk penambahbaikan. Pendekatan jenayah terancang merupakan kaedah yang dilaksanakan oleh pembalak haram. Motif kegiatan pembalakan haram pula dipengaruhi oleh faktor keuntungan sementara kebarangkalian pensabitan yang rendah membuka peluang kepada kegiatan tersebut.en_US
dc.language.isoenen_US
dc.publisherUNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANUen_US
dc.titleKAJIAN TERHADAP ISU-ISU PEMBANTERASAN PEMBALAKAN HARAM DI SEMENANJUNG MALAYSIA MENURUT PERSPEKTIF PENGUATKUASAANen_US
dc.typeThesisen_US
Appears in Collections:Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi..

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Abstract.pdf239.42 kBAdobe PDFView/Open
Full Thesis- Muhammad Nur Haniff Mohd Noor.pdf
  Restricted Access
4.63 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.