Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/16004
Title: Keberkesanan terapi seni ekspresif terhadap penghargaan kendiri, pengherotan kognitif dan kesejahteraan spiritual remaja yang terlibat dengan tingkah laku seksual
Authors: Nor Shakirah Binti Mohd Sakari
Issue Date: 2020
Publisher: UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
Abstract: Terapi Seni Ekspresif merupakan salah satu pendekatan inovatif yang semakin mendapat perhatian dalam profesion kaunseling. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti keberkesanan penggunaan Terapi Seni Ekspresif terhadap penghargaan kendiri, pengherotan kognitif dan kesejahteraan spiritual remaja yang terlibat dengan tingkah laku seksual. Kajian kuantitatif menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen ujian pra dan ujian pasca kumpulan kawalan tidak setara ini melibatkan 96 orang remaja yang terlibat dengan tingkah laku seksual dari Sekolah Tunas Bakti Marang, Terengganu. Sampel kajian ini dipilih menggunakan kaedah pensampelan bertujuan dan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Kumpulan rawatan menerima intervensi Terapi Seni Ekspresif manakala kumpulan kawalan pula menjalani aktiviti di institusi seperti biasa. Rosenberg Self Esteem Scale (RSES), Cognitive Distortion Scale (CDS) dan juga Spiritual Well-Being Scale (SWBS) digunakan sebagai soal selidik untuk mengukur penghargaan kendiri, pengherotan kognitif dan kesejahteraan spiritual. Data kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif iaitu min, frekuensi dan peratus manakala statistik inferensi pula menggunakan ujian MANOVA dan ujian-T sampel tidak bersandar.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/16004
Appears in Collections:Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi..

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Abstract.pdf21.07 kBAdobe PDFView/Open
Thesis_PhD GSK1758.pdf
  Restricted Access
3.62 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.