Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/14205
Title: Pengaruh Kepemimpinan Transformasi Dan Sikap Terhadap Komitmen Organisasi Pengusaha Inap Desa Di Malaysia
Authors: Yusnita Binti Yusof
Keywords: Yusnita Binti Yusof
HD 57.7 .Y8 2012
Issue Date: Jul-2012
Publisher: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh kepemimpinan transformasi dan sikap terhadap komitmen organisasi pengusaha inap desa di Malaysia. Empat dimensi kepemimpinan transformasi telah digunakan iaitu pengaruh individu, motivasi inspirasi, stimulasi intelektual dan pertimbangan individu. Kajian ini menggunakan satu set soal selidik yang mengandungi 71 item dan dibahagikan kepada empat bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan Bahagian D. Bahagian A mengandungi soalan berkaitan maklumat demografi dan Bahagian B mengenai kepemimpinan transformasi dengan menggunakan Multifactor Leadership Questionnaire (MLQ) yang dibangunkan oleh Bass & Avolio (1995) dan diubahsuai oleh Abdullah (2010) manakala Bahagian C bagi mengukur komitmen organisasi menggunakan Organizational Commitment Questionnaire (OCQ) yang dibangunkan oleh Mowday et al. (1979) dan diubahsuai oleh Sharifah Noraida (2009). Bahagian D pula tertumpu kepada soal selidik sikap yang dibangunkan oleh Shukery Mohamed et. al (2007). Kajian ini melibatkan 304 responden daripada pengusaha inap desa di Malaysia dengan menggunakan teknik persampelan secara rawak. Antara analisis yang digunakan ialah analisis faktor pengesahan (CFA), ujian T, ujian ANOVA, ujian korelasi dan analisis regresi. Hasil daripada analisis korelasi, didapati semua dimensi kepemimpinan transformasi mempunyai hubungan yang signifikan dengan komitmen organisasi. Manakala analisis regresi pula menunjukkan sikap dan stimulasi intelektual mempengaruhi komitmen organisasi dalam kalangan pengusaha inap desa di Malaysia. Dimensi kepemimpinan transformasi iaitu pengaruh individu, motivasi inspirasi dan pertimbangan individu pula tidak menyumbang kepada komitmen organisasi.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/14205
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
HD 57.7 .Y8 2012 Abstract.pdf99.52 kBAdobe PDFView/Open
HD 57.7 .Y8 2012 Full Text.pdf
  Restricted Access
2.04 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.