Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/13545
Title: Kompetensi Keusahawanan Dan Kelestarian Pengusaha Penginapan Pelancongan Di Semenanjung Malaysia: Sokongan Kerajaan Sebagai Penyederhana
Authors: Zaleha Binti Mohamad
Pusat Pengajian Perniagaan dan Pengurusan Maritim
Keywords: Zaleha Binti Mohamad
G 156.5 .S87 Z3 2016
Issue Date: 2016
Publisher: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Pengusaha penginapan kecil pelancongan masih menghadapi beberapa masalah utama seperti yang dihadapi oleh pengusaha kecil dan sederhana (PKS) walaupun kerajaan telah menunjukkan kesungguhan, komitmen serta memperuntukkan pelbagai dana untuk pembangunan industri pelancongan. Antaranya ialah kelemahan kompetensi keusahawanan seperti ketidakcekapan pengurusan, kekurangan kemahiran dan kekurangan pengetahuan perniagaan, kegagalan dalam perusahaan dan kesukaran mendapatkan dana untuk memulakan dan mengembangkan perusahaan. Walau bagaimanapun, masalah yang paling utama adalah merupakan kompetensi keusahawanan pengusaha penginapan pelancongan secara keseluruhannya masih kurang diberi perhatian berbanding dengan isu-isu lain dalam bidang Kajian ini adalah bertujuan untuk menentukan tahap perbezaan antara faktor demografi dan kelestarian pengusaha inap desa, chalet dan keseluruhan (inap desa dan chalet), mengenal pasti hubungan antara kompetensi keusahawanan dan kelestarian pelancongan.pengusaha inap desa, chalet dan keseluruhan (inap desa dan chalet), mengkaji kesan pengaruh moderator program sokongan kerajaan terhadap kelestarian antara pengusaha inap desa, chalet dan keseluruhan (inap desa dan chalet) dan memodifikasikan model peramal kompetensi keusahawanan di kalangan pengusaha inap desa dan chalet pelancongan di Semenanjung Malaysia. Reka bentuk kajian adalah berbentuk tinjauan kuantitatif yang menggunakan kaedah soal selidik berkaitan persepsi pengusaha. Ujian t, ANOVA, korelasi dan analisis regresi hirarki digunakan untuk menjawab objektif kajian.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/13545
Appears in Collections:Pusat Pengajian Perniagaan dan Pengurusan Maritim

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
G 156.5 .S87 Z3 2016 Abstract.pdf102.77 kBAdobe PDFView/Open
G 156.5 .S87 Z3 2016 Full Text.pdf
  Restricted Access
3.52 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.