Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/13434
Title: Keusahawanan Islam Berasaskan Ciri Personaliti Dan Kerohanian Di Negeri Kelantan
Authors: Mohd Zain Bin Mubarak
Keywords: Mohd Zain Bin Mubarak
HD 8038 .K4 M6 2014
Issue Date: Oct-2014
Publisher: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Kelemahan usahawan Melayu umumnya dikaitkan dengan elemen sikap yang merujuk kepada aspek personaliti dan kerohanian. Namun begitu terdapat sebahagian usahawan yang telah berjaya dan menjadi ikon dalam perusahaan masing-masing. Kajian ini, dalam skop keusahawanan Islam memfokuskan bentuk personaliti dan kerohanian usahawan Islam berjaya berdasarkan prinsip al-Quran, sunnah Rasulullah SAW dan juga para sahabat. Penerokaan terhadap ciri-ciri personaliti dan ciri-ciri kerohanian usahawan dibuat ke atas 10 orang informan terpilih yang merupakan usahawan berjaya dalam pelbagai tahap dan bidang perusahaan di negeri Kelantan. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif di mana pemerolehan data adalah melalui sumber dokumen, temubual mendalam dan pemerhatian tidak turut serta yang dianalisis berasaskan tema-tema yang dikenalpasti. Dapatan menunjukkan bentuk personaliti dan kerohanian usahawan dalam kalangan informan secara umumnya tidak berbeza meskipun berlainan tahap dan bidang perusahaan yang mereka jalankan. Kajian ini juga mendapati bentuk personaliti dan kerohanian informan menepati dengan asas model usahawan Rasulullah SAW dan para sahabat yang merangkumi aspek keimanan, akhlak, kemahiran dan kebajikan. Berdasarkan analisis tema, kajian menunjukkan terdapat 15 ciri-ciri personaliti dan 12 ciri-ciri kerohanian yang berperanan dan menyumbang dari sudut keterlibatan, menangani cabaran dan amalan rutin informan dalam kegiatan keusahawanan mereka. Selain itu faktor keluarga dan persekitaran juga banyak mempengaruhi dari segi asas pembentukan ciri-ciri usahawan sehingga berjaya dalam perusahaan yang diceburi.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/13434
Appears in Collections:Pusat Pengajian Perniagaan dan Pengurusan Maritim

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
HD 8038 .K4 M6 2014 Abstract.pdf177.67 kBAdobe PDFView/Open
HD 8038 .K4 M6 2014 Full Text.pdf
  Restricted Access
2.56 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.