Please use this identifier to cite or link to this item:
http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/13380
Title: | Analisis Kekukuhan Teori Okun Dan Philips Bagi Negara Asia Terpilih |
Authors: | Ang Syh Han |
Keywords: | Ang Syh Han QA 39.2 .A5 2014 |
Issue Date: | 2014 |
Publisher: | Universiti Malaysia Terengganu |
Abstract: | Ekonomi rantau Asia telah mengalami pertumbuhan pesat dalam beberapa dekad yang lalu, akan tetapi isu pengangguran dan kadar inflasi masih tidak mampu di kawal oleh pihak kerajaan menggunakan dasar fiskal dan monetari. Isu ini boleh diperjelaskan menggunakan teori tradisional Okun dan Phillips yang menterjemahkan hubungan negatif di antara kadar pertumbuhan ekonomi dan pengangguran; dan hubungan antara pengangguran dan kadar inflasi. Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk menganalisis hubungan kointegrasi dan penyebab menggunakan teori Okun dan Philips yang melibatkan negara maju dan negara membangun Asia seperti Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand, Jepun dan Korea Selatan menggunakan data siri masa tahunan sepanjang tempoh 1980-2010. Terdapat tiga teknik yang penting diambil kira dalam kajian ini untuk penganggaran data siri masa. Pertama, mengenal pasti tahap kepegunan menggunakan pendekatan tradisional dan moden menggunakan kesan perubahan struktur. Kedua, mengenal pasti hubungan kointegrasi menggunakan kerangka jangka masa panjang dan pendek. Ketiga, kajian ini menggunakan ujian penyebab untuk mengesan hubungan penyebab antara pemboleh ubah kajian. Keputusan keseluruhan kajian ini tidak seimbang dan bertentangan dengan hukum Okun dan Philips bagi beberapa negara kajian. Sehubungan itu, untuk mengimbangi pengangguran, inflasi dan pertumbuhan ekonomi, para pembuat dasar harus menilai isu ini dan menganalisis secara kolektif menyebabkan pengangguran dan tidak semata-mata fokus terhadap penetapan teori Okun dan Philips setiap masa. |
URI: | http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/13380 |
Appears in Collections: | Pusat Pengajian Informatik dan Matematik Gunaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
QA 39.2 .A5 2014 Abstract.pdf | 103.42 kB | Adobe PDF | View/Open | |
QA 39.2 .A5 2014 Full Text.pdf Restricted Access | 908.57 kB | Adobe PDF | View/Open Request a copy |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.