Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/13365
Title: Pengalaman Menjalani Sesi Kaunseling Dalam Kalangan Pelajar Ponteng Di Kuala Terengganu
Authors: Siti Sarah Binti Brahim
Keywords: Siti Sarah Binti Brahim
HM 1111 .S5 2015
Issue Date: Mar-2015
Publisher: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Kajian kualitatif ini bertujuan melihat pengalaman kaunseling dalam kalangan pelajar ponteng. Pengalaman kaunseling pelajar ponteng membolehkan pengkaji mengetahui kesan sebenar kaunseling kepada pelajar yang pernah terlibat dengan ponteng. Seramai 10 orang yang terdiri daripada pelajar ponteng terlibat dalam kajian ini. Peserta kajian ini juga adalah terdiri daripada pelajar yang sedang menjalani sesi kaunseling secara berterusan. Kaedah yang digunakan bagi pemilihan peserta kajian dalam populasi adalah kaedah persampelan bertujuan (purposive sampling). Data dikumpulkan melalui siri temu bual bersama peserta kajian, pemerhatian tidak turut serta, dan juga penulisan diari. Sebelum pengkaji mengambil data sebenar temu bual awal terlebih dahulu dilakukan untuk melihat kesesuaian soalan kajian berdasarkan objektif kajian. Selepas itu, temu bual sebenar dilakukan. Data dikumpul menggunakan tiga kaedah untuk memastikan keselarasan jawapan daripada peserta kajian, kajian ini juga menggunakan pemerhatian tidak turut serta dan juga penulisan diari sebanyak dua kali setelah peserta kajian melalui sesi kaunseling. Pemerhatian dilakukan bagi melihat tingkah laku peserta kajian selepas menghadiri sesi kaunseling. Dapatan kajian menunjukkan bahawa latar belakang peserta kajian yang terlibat adalah menjurus kepada pengalaman tingkah laku ponteng dalam kalangan peserta kajian.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/13365
Appears in Collections:Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi..

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
HM 1111 .S5 2015 Abstract.pdf182.96 kBAdobe PDFView/Open
HM 1111 .S5 2015 Full Text.pdf
  Restricted Access
712.55 kBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.