Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/13363
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorBenard Upieh-
dc.date.accessioned2019-10-07T03:57:25Z-
dc.date.available2019-10-07T03:57:25Z-
dc.date.issued2017-01-
dc.identifier.urihttp://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/13363-
dc.description.abstractKaum Penan mempunyai hubungan yang akrab dengan modal semula jadi. Keakraban tersebut wujud disebabkan oleh mereka bergantung pada modal semula jadi dalam semua aspek kehidupan. Sungguhpun demikian, perkara ini kurang mendapat perhatian oleh penyelidik lain sebelum ini khususnya berkaitan dengan kebergantungan dan pendayaupayaan ekonomi berasaskan modal semula jadi. Oleh itu, kajian ini cuba mengisi kekurangan tersebut melalui empat objektif kajian iaitu, mengenal pasti kebergantungan kaum Penan pada modal semula jadi, menjelaskan pendayaupayaan ekonomi kaum Penan, mengenal pasti ancaman yang dihadapi oleh kaum Penan dalam modal semula jadi, dan menjelaskan identiti tertentu kaum Penan berasaskan modifikasi modal semula jadi. Bagi mencapai objektif kajian tersebut, penyelidik telah menggunakan reka bentuk kajian etnografi dalam melaksanakan kajian. Penyelidik menggunakan kaedah temu bual mendalam, pemerhatian dan catatan nota lapangan yang melibatkan seramai 23 orang informan kajian di kampung Batu Bungan, Long Lesuan dan Long Ludin di Daerah Tutoh-Apoh, Sarawak. Data kajian dikoordinasi dengan menggunakan perisian komputer QSR Nvivo bagi tujuan penyusunan data yang telah dikumpulkan. Hasil kajian menunjukkan kebergantungan kaum Penan pada modal semula jadi adalah atas dorongan untuk sara diri, pekerjaan dan hobi. Mereka bergantung pada modal semula jadi sejak kehidupan nomad sehingga kini.en_US
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUniversiti Malaysia Terengganuen_US
dc.subjectBenard Upiehen_US
dc.subjectHM 548 .B4 2017en_US
dc.titleKebergantungan Dan Pendayaupayaan Ekonomi Kaum Penan Di Daerah Tutoh-Apoh, Sarawak Berasaskan Modal Semulajadien_US
dc.typeThesisen_US
Appears in Collections:Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi..

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
HM 548 .B4 2017 Abstract.pdf390.08 kBAdobe PDFView/Open
HM 548 .B4 2017 Full Text.pdf
  Restricted Access
5.39 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.