Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/11164
Title: Analisis penggunaan kenderaan ke atas pencemaran udara di Malaysia
Authors: Valerissa Lodin
Keywords: Pencemaran Udara
penggunaan kenderaan
Issue Date: 2011
Publisher: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Pencemaran udara merupakan salah satu masalah yang semakin hangat dibincangkan pada masa kini. Antara sumber utama pencemaran udara di Malaysia adalah berpunca daripada asap-asap kenderaan bermotor yang membebaskan gas-gas seperti karbon monoksida (CO), nitrogen dioksida (N02), sulfur dioksida (S02), dan sebagainya yang akhirnya mengakibatkan kesan negatif kepada alam sekitar. Sekiranya pencemaran udara ini tidak dikawal, ia akan menjejaskan kualiti hidup manusia, haiwan, dan tumbuhan dan akhirnya mengakibatkan kesan yang lebih besar seperti penipisan lapisan ozon dan pemanasan global. Sehubungan dengan itu, kajian ini dilaksanakan bagi melihat kesan peningkatan penggunaan kenderaan di Malaysia kepada pencemaran udara menggunakan analisis siri masa. Beberapa ujian akan dilaksanakan seperti Ujian Punca Unit, Ujian Kointegrasi dan Ujian Vector Autoregression Estimates (VAR) bagi melihat hubungan di antara pencemaran karbon dioksida (CO2), jumlah penggunaan kenderaan dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan positif di antara penggunaan kenderaan dan pencemaran udara di Malaysia di mana semakin tinggi penggunaan kenderaan maka semakin tinggi pencemaran udara di Malaysia.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/11164
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 54 FPE 1 2011 Abstract.pdf436.91 kBAdobe PDFView/Open
LP 54 FPE 1 2011 Full text.pdf
  Restricted Access
3.14 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.