Please use this identifier to cite or link to this item:
http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/11159
Title: | Kecekapan pengurusan zakat di negeri Johor |
Authors: | Siti Fauziah Musa |
Keywords: | Zakat DEA Kecekapan |
Issue Date: | 2011 |
Publisher: | Universiti Malaysia Terengganu |
Abstract: | Zakat merupakan satu kewajipan bagi membantu dan meringankan beban umat Islam disamping mengurangkan jurang perbezaan antara yang kaya dengan yang miskin. Jumlah kutipan dan agihan menunjukkan kadar peningkatan yang memberangsangkan dari setahun ke setahun seiring dengan pertumbuhan ekonomi dan peningkatan kesedaran dikalangan pembayar dan kewujudan organisasi pengurusan zakat yang lebih tersusun. Sehubungan dengan itu, kajian ini cuba melihat kecekapan pengurusan zakat bagi setiap daerah di negeri Johor menggunakan data bulan bagi tahun 2010 yang diperoleh daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor. Bagi membuktikna objektif yang dirangka, pengkaji akan menggunakan kaedah Analisis Penyampulan Data (DEA) menggunakan model BCC dan model CCR bagi mengukur tahap kecekapan berdasarkan kecekapan teknikal semulajadi dan jumlah kecekapan teknikal. Dapatan kajian menunjukkan hampir setiap daerah di Negeri Johor mencapai tahap kecekapan dimana nilai kecekapan yang diperoleh melebihi 0.5 kecuali bagi daerah Kulaijaya dan daerah Ledang. Bagi mengatasi masalah ketidakcekapan pengurusan zakat yang wujud, beberapa cadangan dikemukakan dalam kajian ini seperti melaporkan segala hasil kutipan dan agihan, meningkatkan mutu perkhidmatan dan memberikan latihan kepada kakitangan dan sebagainya. |
URI: | http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/11159 |
Appears in Collections: | Fakulti Pengurusan Ekonomi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
LP 49 FPE 1 2011 Abstract.pdf | 509.23 kB | Adobe PDF | View/Open | |
LP 49 FPE 1 2011 Full text.pdf Restricted Access | 4.58 MB | Adobe PDF | View/Open Request a copy |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.