Please use this identifier to cite or link to this item:
http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/11153
Title: | Analisis kecekapan pembangunan koperasi di Malaysia |
Authors: | Nur Shahirah Bidin |
Keywords: | Model Analisis Penyampulan Data (DEA) |
Issue Date: | 2011 |
Publisher: | Universiti Malaysia Terengganu |
Abstract: | Koperasi merupakan sebuah entiti pemiagaan dimana pembentukannya menggunakan prinsip dan falsafah iaitu bukan kepentingan individu atau golongan yang lain tetapi kepentingan bersama bagi golongan-golongan yang menubuhkan koperasi tersebut. Perkembangan koperasi diperlihatkan semakin meningkat dari tahun ke tahun seterusnya menjadi sektor ketiga terpenting yang membawa kepada pertumbuhan ekonomi Negara. Dengan itu, pihak kerajaan telah mewujudkan satu dasar iaitu Dasar Koperasi Negara (DKN) bagi membantu dalam perkembangan sektor koperasi. Justeru itu, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap kecekapan koperasi di Malaysia yang membawa kepada pengiktirafan oleh kerajaan bahawa koperasi merupakan sektor ketiga yang terpenting yang membawa kepada pertumbuhan ekonomi negara. Kajian ini telah menggunakan data sekunder iaitu data yang diperolehi daripada pihak ketiga. Data statistik yang telah digunakan adalah selama 10 tahun di mana ia diperolehi daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Analisis kecekapan yang digunakan adalah Kaedah Analisis Penyampulan Data (DEA) dengan menggunakan Model CCR dan BCC keatas input serta output. Setelah analisis dijalankan, didapati bahawa terdapat sebuah koperasi sahaj a yang menggunakan input dan output secara cekap setiap tahun iaitu Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) manakala 7 koperasi yang lain iaitu Koperasi Permodalan Felda Berhad, Koperasi Serbaguna Malaysia Berhad, Koperasi Serbaguna Malaysia Berhad, Koperasi Angkatan Malaysia Berhad, Koperasi Wawasan Pekerja-Pekerja Berhad dan Koperasi Jayadiri Malaysia Berhad (KOJADI) tidak dapat menggunakan input dan output secara cekap setiap tahun. Dengan itu, beberapa altematif perlulah diambil oleh pihak koperasi serta keraj aan dalam menangani masalah ketidakcekapan dalam penggunaan input serta pengeluaran output. Jika masalah ini diatasi, bilangan koperasi dalam menggunakan input serta mengeluarkan output dengan lebih cekap meningkat di masa akan datang. |
URI: | http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/11153 |
Appears in Collections: | Fakulti Pengurusan Ekonomi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
LP 40 FPE 1 2011 Abstract.pdf | 624.26 kB | Adobe PDF | View/Open | |
LP 40 FPE 1 2011 Full text.pdf Restricted Access | 4.61 MB | Adobe PDF | View/Open Request a copy |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.