Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/11135
Title: Pengurusan kutipan dan corak agihan zakat terhadap asnaf di Malaysia
Authors: Nor Aishah Yusop
Keywords: Kutipan
Agihan Dan Asnaf Zakat
Issue Date: 2012
Publisher: Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Institusi zakat memainkan peranan yang sangat besar dalam konteks mewujudkan keadilan dalam pengagihan semula kekayaan. Prestasi pengurusan kutipan dan agihan zakat dapat membantu menyumbang kepada transformasi pembangunan semua asnaf. Ia bertujuan untuk memastikan pengagihan zakat adalah setanding dengan kecekapan dan pencapaian pengurusan kutipan zakat oleh institusi zakat. Sehubungan itu, objektif kajian ini ialah mengenalpasti kecekapan pengurusan pusat zakat negeri-negeri di Malaysia. Objektif khusus dalam kajian ini, pertama menganalisis perkembangan kutipan dan agihan zakat setiap negeri di Malaysia, kedua mengenalpasti jurang antara kutipan dan agihan zakat, ketiga mengukur kecekapan teknikal pengurusan kutipan dan agihan zakat. Bagi mencapai objektif kajian, data diperolehi daripada Unit Zakat (Operasi) Laporan Pusat Pungutan Zakat/Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi 4 tahun bermula 2007 hingga 2010. Dapatan kajian menggunakan analisis pengumpulan data melaporkan negeri yang telah menswastakan institusi zakat seperti negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pahang, Pulau Pinang, Melaka dan Negeri Sembilan kemungkinan dapat meningkatkan kecekapan melalui penswastaan kutipan dan pengagihan zakat berbanding yang belum menswastakan institusi zakat. Oleh itu, penswastaan ini dilakukan untuk memastikan pihak pengurusan zakat dapat memberikan perkhidmatan berkualiti berlandaskan nilai-nilai Islam.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/11135
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 38 FPE 1 2012 Abstract.pdf535.58 kBAdobe PDFView/Open
LP 38 FPE 1 2012 Full Text.pdf
  Restricted Access
10.58 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.