Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/11132
Title: Liberalisasi perdagangan dan pertumbuhan ekonomi : perbandingan antara negara Malaysia dan Singapura
Authors: Mohd Amiruddin Mohd Jalaludin
Keywords: Malaysia dan Singapura
Pertumbuhan ekonomi
Liberalisasi perdagangan
Issue Date: 2012
Publisher: Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Secara umumnya, kajian ini adalah untuk mengkaji liberalisasi perdagangan dan pertumbuhan ekonomi melalui perbandingan dua buah negara iaitu Malaysia dan Singapura. Keterbukaan ekonomi ini merujuk kepada tahap perkembangan di dalam aliran eksport dan aliran import sesebuah negara sekaligus dapat meningkatkan tahap liberalisasi perdagangan di Malaysia dan Singapura. Kajian ini menggunakan data siri masa sebanyak 25 tahun iaitu dari tahun 1985 hingga 2010. Kajian ini juga telah menggunakan perisian SAS iaitu Statistical Analysis System. Di dalam perbandingan liberalisasi perdagangan dan pertumbuhan ekonomi ini, kajian ini menggunakan model linear regresi mudah (OLS) bagi negara Malaysia dan Singapura. Data kajian telah diuji melalui beberapa pengujian iaitu pengujian t, pengujian F, dan pengujian hipotesis. Kajian ini menunjukkan bahawa liberalisasi perdagangan dan pertumbuhan ekonomi negara Malaysia adalah berbeza dengan negara Singapura di sebabkan mempunyai struktur model yang berasingan. Selain itu, penentu pembolehubah eksport bersih, tenaga buruh, dan pelaburan langsung asing (FOi) dapat mempengaruhi pertumbuhan ekonomi bagi kedua-dua buah negara tersebut.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/11132
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 25 FPE 1 2012 Abstract.pdf415.26 kBAdobe PDFView/Open
LP 25 FPE 1 2012 Full Text.pdf
  Restricted Access
3.12 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.