Please use this identifier to cite or link to this item:
http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/11121
Title: | Inflasi dan kemeruapan kehadiran pelancong antarabangsa ke Malaysia |
Authors: | Beh, Sook Ting |
Keywords: | Model ARIMA Model ARMAX Kesan bermusim Franses |
Issue Date: | 2012 |
Publisher: | Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu |
Abstract: | Sejak era 1980-an, sektor pelancongan Malaysia mula diberi nafas dan harapan baru sehingga mencapai kemapanan ekonomi berasaskan industri pelancongan masa kini. Ini selaras dengan usaha pihak kerajaan Malaysia yang telah melancarkan beberapa program pelancongan untuk meningkatkan ketibaan pelancong antarabangsa ke Malaysia. Justeru, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengkaji kesan kemeruapan kehadiran pelancong dan pengaruh kesan bermusim Franses terhadap pola kehadiran pelancong asing berasaskan indeks harga pengguna dengan menggunakan data siri masa bulanan sepanjang tempoh 1995 sehingga 2010. Model empirikal ARIMA (p,d,q) 12 dan ARMAX digunakan sebagai model asas dalam kajian ini untuk mengenal pasti kemeruapan kehadiran pelancong antarabangsa ke Malaysia. Hasil keputusan kajian menunjukkan wujudnya kesan bermusim Franses bagi pola kehadiran pelancong antarabangsa ke Malaysia sepanjang tahun terutamanya pada bulan Julai. Keputusan empirikal juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang lemah di antara pola kehadiran pelancong antarabangsa dan indeks harga pengguna dalam jangka masa pendek.Walau bagaimanapun, hubungan kedua-dua univariate tersebut adalah kuat dalam jangka masa panjang. |
URI: | http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/11121 |
Appears in Collections: | Fakulti Pengurusan Ekonomi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
LP 7 FPE 1 2012 Abstract.pdf | 386.64 kB | Adobe PDF | View/Open | |
LP 7 FPE 1 2012 Full Text.pdf Restricted Access | 2.04 MB | Adobe PDF | View/Open Request a copy |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.