Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/11115
Title: Analisis hubungan eksport pertanian (makanan) terhadap pertumbuhan negara
Authors: Zul Helmi Abdul Rani
Keywords: Eksport makanan
Pertanian
Issue Date: 2010
Publisher: Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Pada masa kini, pembangunan dalam sektor pertanian kadangkala diabaikan oleh sesebuah negara yang sedang membangun dalam proses mencapai negara industri. Hal ini terjadi kerana terdapat anggapan yang mengatakan bahawa sektor industri memiliki kesan luaran dan teknologi tinggi manakala sektor pertanian merupakan ciri-ciri negara tradisional. Waiau bagaimanapun, pembangunan dalam sektor pertanian terutamanya makanan tidak boleh diabaikan dalam mencapai status negara industri (Hidayat Amir, 2004). Krisis ekonomi yang ber1aku pada tahun 1990an telah menunjukkan bahawa sektor pertanian (makanan) dapat bertahan dalam krisis tersebut di mana menyumbang kepada pertumbuhan negara melalui aktiviti eksport pertanian (makanan) walaupun jumlah dagangannya melalui eksport makin mengecil (Fatimah Mohd Arshad, 1999). Oleh itu, kajian ini dilakukan bagi mengetahui sejauh manakah hubungan eksport pertanian (makanan) terhadap pertumbuhan negara yang diukur sebagai Keluaran Dalam Negara Kasar bersama-sama pembolehubah bebas iaitu eksport dan import jumlah bahan makanan serta guna tenaga yang ter1ibat dalam sektor pertanian. Hasil kajian mendapati bahawa sektor pertanian (makanan) mernpunyai hubungan yang positif terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar melalui kaedah penghtnian secara deskriptif dan analisis model regresi. Keadaan ini menunjukkan bahawa sektor pertanian per1u di bangunkan seiring dengan sektor-sektor lain di negara ini.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/11115
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 75 FPE 1 2010 Abstract.pdf552.42 kBAdobe PDFView/Open
LP 75 FPE 1 2010 Full Text.pdf
  Restricted Access
5.15 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.