Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/11114
Title: Kadar pulangan sosial negeri maju-kurang maju Malaysia : aplikasi model kos-faedah
Authors: Yeoh Chee Joo
Keywords: Kadar pulangan sosial
Negeri maju
Negeri kurang maju
Issue Date: 2010
Publisher: Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Matlamat asas kajian ini adalah bertujuan untuk mengupas kadar pulangan sosial Malaysia menggunakan pendekatan Kos Dan Faedah· (CBA). Analisis kajian ini terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu kategori negeri maju (Selangor, Wilayah Persekutuan, Perak, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor); dan negeri kurang maju (Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah dan Perlis) di Semenanjung Malaysia. Umumnya, kadar pulangan sosial memainkan peranan penting dalam menentukan keberuntungan pelaburan pendidikan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan sepanjang tempoh 3 dekad yang lampau. Kajian ini telah mengguna pakai data siri masa keratan lintang untuk mengukur kadar pulangan dalaman pulangan sosial. Hasil keputusan kajian dengan jelas menunjukkan negeri kurang maju memperoleh pulangan sosial yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan negeri maju. Keputusan kajian ini juga seiring dengan penemuan kajian terdahulu, di mana semakin maju sesebuah negara, maka semakin berkurangan kadar pulangan sosial. Justeru, kajian ini secara tidak langsung telah menyumbang ke arah keberuntungan pelaburan sosial di Malaysia serta keperluan pelaburan pendidikan sebagai instrumen pembangunan modal manusia.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/11114
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 73 FPE 1 2010 Abstract.pdf475.47 kBAdobe PDFView/Open
LP 73 FPE 1 2010 Full Text.pdf
  Restricted Access
2.58 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.