Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/11108
Title: Penilaian ekonomi rekreasi di Pantai Teluk Batik, Perak Darul Ridzuan
Authors: Tan Say Loang
Keywords: Penilaian Ekonomi
Pantai
Kaedah Kos Perjalanan
Issue Date: 2010
Publisher: Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Penilaian bukan pasaran bagi sumber asli, ekosistem dan alam sekitar merupakan salah satu topik yang hangat diperdebatkan dalam kesusasteraan ekonomi ekologi kebelakangan ini. Kertas kerja ini berdasarkan kajian di mana nilai bukan pasaran bagi perkhidmatan termasuk dalam ekosistem. Teknik penilaian alam sekitar dikenali sebagai Kaedah Kos Perjalanan (TCM) yang dlgunakan untuk mengukur aliran perkhidmatan rekreasi bagi pantai yang terkenal dalam negeri Perak iaitu pantai Teluk Batik. Model digunakan untuk mengukur nilai ekonomi bagi nilai penggunaan semasa aktiviti rekreasi di pantai Teluk Batik. Sebanyak 50 pengunjung yang diselidik. Nilai purata lebihan pengguna bagi setiap pengunjung pada satu keanjalan adalah sebanyak RM 6.80 per kunjungan. Jumlah manfaat ekonomi yang sebenar adalah sebanyak RM13600. Keputusan ini menunjukkan bahawa pengunjung secara purata sanggup berbelanja lebih untuk mendapatkan perkhidmatan rekreasi di Pantai Teluk Batik. Dalam kajian ini, nilai penggunaan semasa dan nilai pasif telah diukur dengan menggunakan Kaedah Kos Perjalanan (TCM). Kesemua keputusan menunjukkan bahawa penilaian ekonomi di pantai Teluk Batik adalah sangat baik. Oleh itu, pertindungan dan pemuliharaan bagi sumber adalah penting dan tindakan harus diambil bagi mengekalkan alam semulajadi melalui polisi sumber asli.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/11108
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 62 FPE 1 2010 Abstract.pdf423.64 kBAdobe PDFView/Open
LP 62 FPE 1 2010 Full Text.pdf
  Restricted Access
5.02 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.