Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/11103
Title: Faktor yang mempengaruhi perbezaan pendapatan warga tua : kajian kes di Melaka
Authors: Siti Aishah Daril
Keywords: Perbezaan Pendapatan Warga Tua
Issue Date: 2010
Publisher: Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Penyelidikan ini memfokuskan kepada faktor-faktor yang mempengaruhi perbezaan pendapatan warga tua di Melaka. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan data primer iaitu soal selidik terhadap 150 orang responden yang terdapat di sekitar kawasan Sungai Rambai di Melaka sahaja. Kaedah analisis menggunakan perisian 'Statistical Package For The Social Sciences' (SPSS) digunakan agar dapat mengukuhkan hasil keputusan kajian akhir dengan melihat hubungan antara pembolehubah-pembolehubah. Pembolehubah bersandar yang digunakan dalam kajian ini adalah jumlah pendapatan, manakala pembolehubah bebas yang digunakan adalah tahap pendidikan, jenis pekerjaan, taraf perkahwinan dan j antina. Penganalisaan dilakukan dengan menggunakan kaedah diskriptif, analisis model regrasi berbilang dan koefisien Gini. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat tiga pembolehubah yang signifikan dalam mempengaruhi jumlah pendapatan warga tua iaitu tahap pendidikan, jenis pekerjaan dan jantina. Ini jelas menunjukkan bahawa perbezaan dalam pendapatan menentukan taraf hidup seseorang itu.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/11103
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 55 FPE 1 2010 Abstract.pdf496.49 kBAdobe PDFView/Open
LP 55 FPE 1 2010 Full Text.pdf
  Restricted Access
2.34 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.