Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/11102
Title: Analisis penentu-penentu perbelanjaan kesihatan di Malaysia serta pengaruhnya terhadap tahap sisiodemografi masyarakat setempat
Authors: Rosnah Nordin
Keywords: Penentu-Penentu Perbelanjaan Kesihatan
Kaedah SPSS
Issue Date: 2010
Publisher: Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Perbelanjaan kesihatan banyak memberi impak kepada tahap sosiodemografi masyarakat setempat dan taraf kesihatan di negara ini juga telah meningkat dengan ketara hasil daripada komitmen dan sokongan padu kerajaan yang menganggap kesihatan sebagai satu tanggungjawab sosial. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis penentu-penentu perbelanjaan kesihatan di Malaysia serta pengaruhnya terhadap tahap sosiodemografi masyarakat setempat. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti tahap kesihatan penduduk Malaysia pada masa kini, selain itu mengkaji pengaruh kesihatan terhadap produktiviti pekerja, serta untuk mengetahui peruntukan perbelanjaan kesihatan yang diperlukan untuk menampung pesakit dan menganalisis peruntukan perbelanjaan kesihatan apabila usia meningkat. Kajian dari Theo Hitiris & John Posnett, (1992) melalui kaedah SPSS yang membuktikan perbelanjaan kesihatan per kapita berhubung positif dengan GDP per kapita dan kadar kematian berhubung negatif dengan perbelanjaan kesihatan per kapita. Manakala, kajian oleh Ramesh Govindaraj, Gunaraj Chellovaj & Christopher J.L. Murray, (1997) menggunakan model regrasi berbilang melalui kaedah SPSS hasilnya adalah perbelanjaan kesihatan per kapita bagi sektor awam dan swasta adalah positif dan berhubung kait dengan pendapatan per kapita. Data bagi kajian ini dikumpulkan melalui data sekunder iaitu data sedia ada yang diperoleh melalui bacaan atau rujukan melalui laporan kesihatan dan laporan rasmi kerajaan. Semua data yang diperoleh dianalisis menggunakan model regrasi berbilang serta kaedah ekonometrik menggunakan perisian Statistical Package For The School Social (SPSS). Dapatan kajian juga mendapati bahawa wujud kesan peningkatan dalam perbelanjaan kesihatan apabila KDNK meningkat dan usia penduduk yang melebihi 65 tahun ke atas akan menyebabkan perbelanjaan kesihatan turut meningkat. Sebagai kesimpulan, kajian ini menyarankan beberapa program dan strategi yang boleh dijalankan bagi meningkatkan tahap kesihatan masyarakat Malaysia dan usaha-usaha ini akan dapat mengurangkan perbelanjaan kesihatan di Malaysia.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/11102
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 53 FPE 1 2010 Abstract.pdf548.06 kBAdobe PDFView/Open
LP 53 FPE 1 2010 Full Text.pdf
  Restricted Access
3.58 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.