Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/11096
Title: Kesan zakat pendapatan terhadap kecenderungan mengguna sut (MPC) umat Islam di Batu Pahat, Johor
Authors: Nur Hanisah Haji Mohd Saim
Keywords: Zakat
Kecenderungan Mengguna Sut (MPC)
Issue Date: 2010
Publisher: Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Zakat pendapatan (zakat al-mal al-mustafad) bermaksud zakat yang dikenakan ke atas perolehan yang merangkumi pendapatan gaji dan pendapatan bebas (apa-apa upah yang diterima oleh seseorang daripada majikan sebagai balasan perkhidmatan (kerja) yang dibenarkan oleh syarak). Sehubungan dengan itu kajian ini dijalankan bagi melihat kesan zakat pendapatan terhadap kecenderungan mengguna marginal umat Islam di daerah Batu Pahat, Johor dimana, wujud sesetengah individu muslim berpendapat bahawa pembayaran zakat pendapatan hanya akan menghilangkan kemampuan untuk berbelanja. Dengan menggunakan data primer yang diperoleh daripada soal selidik yang dijalankan, kajian ini menggunakan dua spesifikasi model penggunaan keynes sebagai asas kajian. Hasil kajian mendapati kecenderungan mengguna marginal umat Islam mengalami peningkatan walaupun setelah membayar zakat pendapatan dimana ia menunjukkan bahawa pembayaran zakat mempunyai pengaruh dalam mempengaruhi nilai MPC serta wujudnya hubungan yang positif antara pendapatan boleh guna dan tingkat penggunaan isi rumah iaitu apabila pendapatan boleh guna meningkat maka penggunaan individu juga turut meningkat.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/11096
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 43 FPE 1 2010 Abstract.pdf468.9 kBAdobe PDFView/Open
LP 43 FPE 1 2010 Full Text.pdf
  Restricted Access
6.11 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.