Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/11095
Title: Analisis kepuasan pelanggan terhadap kualiti perkhidmatan pajak gadai dalam sistem perbankan Islam berbanding koperasi : kajian kes, Kelantan
Authors: Nuraliza Awang
Keywords: Ar Rahnu
Kepuasan pelanggan
Kualiti perkhidmatan
Issue Date: 2010
Publisher: Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Pajak gadai merupakan salah satu cara untuk memperoleh pembiayaan dengan mudah tanpa kekangan atau syarat kewangan yang ketat. Pada masa kini, pajak gadai Islam begitu mendominasi pasaran di pantai timur meliputi perkhidmatan yang ditawarkan oleh Perbankan Islam mahupun oleh Koperasi. Ini membolehkan pelanggan membuat pilihan untuk memilih pembekal perkhidmatan yang terbaik untuk mendapatkan wang tunai dengan lebih cepat dan mudah berbanding dengan membuat pinjaman dari bank komersial atau syarikat kewangan. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bagi menganalisis tahap kepuasan pelanggan terhadap kualiti perkhidmatan pajak gadai yang ditawarkan oleh Perbankan Islam dan Koperasi di negeri Kelantan dengan menggunakan Model SERVQUAL (Services Quality). Bagi membuktikan tahap kepuasan pelanggan ini, pengkaji menggunakan tiga analisis ekonometrik iaitu Analisis Deskriptif, Analisis Regrasi dan Analisis Kolerasi untuk menunjukkan kesahan signifikan model yang digunakan serta menerangkan hubungan di antara kepuasan pelanggan dan kualiti perkhidmatan. Dapatan kajian menunjukkan, dimensi empati dan responsif mempunyai pengaruh dalam mempengaruhi tahap kepuasan pelanggan di Perbankan Islam manakala dimensi jaminan, kebolehpercayaan dan empati mempunyai pengaruh dalam mempengaruhi tahap kepuasan pelanggan di Koperasi. Kesimpulannya, dapatan menunjukkan pelanggan di Koperasi lebih berpuas hati dengan tahap kepuasan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan berbanding kualiti tahap kualiti perkhidmatan yang ditawarkan oleh Perbankan.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/11095
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 41 FPE 1 2010 Abstract.pdf452.71 kBAdobe PDFView/Open
LP 41 FPE 1 2010 Full Text.pdf
  Restricted Access
5.42 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.