Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/11088
Title: Impak kemelesetan ekonomi US terhadap pertumbuhan eksport di Rantau Asean
Authors: Hanin Farha Hamad @ Ahmad
Keywords: Eksport
Import dan Pertumbuhan Ekonomi
Issue Date: 2010
Publisher: Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Keruntuhan firma kewangan Bear Stearns dan Global Lnsight akibat gadai janji subprima perumahan di Amerika syarikat telah memberikan kesan langsung yang mengakibatkan berlakunya kemelesetan ekonomi di Amerika Syarikat dan telah menyebabkan keadaan ini menjadi semakin teruk hingga ke paras 40 % berbanding 25% sebelum kejatuhan. Keadaan ini mengakibatkan kesan rantaian kepada negara-negara sekitarnya serta negara pengeksport utama ke Amerika Syarikat. Sehubungan dengan itu, kajian ini dilaksanakan bagi mengkaji sejauh mana kesan kemelesetan ekonomi di Amerika Syarikat ini mempengaruhi pertumbuhan eksport di rantau ASEAN meliputi Negara Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura yang merupakan antara Negara pengeksport dan pengimport utama ke Negara US. Bagi membuktikan objektif yang dirangka, pengkaji melaksanakan analisis siri masa menggunakan data sekunder yang meliputi data eksport rantau ASEAN ke US dari tahun 1980 hingga 2008. Dapatan kajian menunjukkan tidak semua negara yang dikaji menghadapi kesan langsung kemelesetan ekonomi Amerika Syarikat kepada pertumbuhan ekonomi negara-negara tersebut di mana hanya Negara Singapura yang mengalami kesan langsung akibat krisis global tersebut, dapatan juga menunjukkan bahawa kemerosotan ekonomi Amerika Syarikat mempunyai pengaruh dalam mempengaruhi pertumbuhan ekonomi sesebuah Negara terutamanya bagi Negara-negara yang bergantung penuh kepada perdagangan terutamanya perdagangan dengan Negara Amerika Syarikat.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/11088
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 16 FPE 1 2010 Abstract.pdf414.25 kBAdobe PDFView/Open
LP 16 FPE 1 2010 Full Text.pdf
  Restricted Access
2.77 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.