Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/11084
Title: Analisis kecekapan dan produktiviti pelbagai sektor di Malaysia
Authors: Fara Norzila Abdul Jalil
Keywords: Produktiviti
Guna tenaga
Issue Date: 2010
Publisher: Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pertumbuhan ekonomi yang menggalakkan dan memberangsangkan. Pertumbuhan ekonomi Malaysia dikaitkan dengan kerajaan yang yang menggunakan dasar tertentu untuk meningkatkan ekonomi negara. Sumbangan setiap sektor di Malaysia juga memainkan peranan penting melalui kecekapan setiap sektor di Malaysia. Terdapat sebanyak sembilan sektor di Malaysia yang dibahagikan kepada sektor-sektor tertentu yang berkaitan. Antara sektor yang terdapat di Malaysia ialah sektor pertanian, sektor perlombongan dan kuari, sektor perkilangan, sektor elektrik, gas dan air, sektor perdagangan borong, runcit, hotel dan restoran, sektor pembinaan, sektor harta tanah, sektor pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi, sektor aktiviti kewangan, insurans dan perniagaan, sektor pendidikan, kesihatan dan lain-lain serta sektor isi rumah. Objektif kertas projek ini adalah bagi mengenalpasti menggunakan input seperti KDNK dan output seperti guna tenaga mempengaruhi kecekapan pelbagai sektor di Malaysia. Analisis data yang digunakan ialah data siri masa bagi 10 tahun bermula dari tahun 1998 hingga tahun 2008 dengan menggunakan perisian DEA iaitu Data Envelopment Analysis. John Ruggiero & Donald Vitaliano (1999) mendapati bahawa terdapat ketidakcekapan produktiviti walaupun guna tenaga bertambah. Manerusi kaedah DEA, kertas kerja ini membuktikan terdapat pengaruh bilangan guna tenaga dan KDNK dalam mempengaruhi produktiviti dalam pelbagai sektor di Malaysia.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/11084
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 12 FPE 1 2010 Abstract.pdf511.46 kBAdobe PDFView/Open
LP 12 FPE 1 2010 Full Text.pdf
  Restricted Access
2.6 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.